Walmart Failkan Saman Terhadap Tesla

202

Walmart Inc. telah mengambil keputusan untuk menyaman bahagian operasi tenaga Tesla Inc. yang sebelum ini dikenali sebagai SolarCity. Ini kerana isu pelanggaran kontrak dimana Walmart mendakwa syarikat itu gagal mematuhi piawaian industri dalam pemasangan panel suria di atas ratusan kedai yang mengakibatkan terjadinya beberapa kebakaran di seluruh negara.

Walmart telah memilih khidmat Tesla bagi pemasangan dan pengendalian sistem solar ke atas ruang bumbung lebih daripada 240 kedai. Tetapi sehingga November 2018, kebakaran telah berlaku lebih daripada tujuh kedai dan perkara ini memaksa Walmart bertindak memotong semua sistem panel suria untuk keselamatan orang ramai.

Dalam satu aduan yang difailkan di mahkamah negeri New York Selasa lalu, Walmart berkata pemeriksanya mendapati bahawa Tesla telah terlibat dalam kecuaian yang boleh mendatangkan padah dan gagal mematuhi standart piawaian industri dalam pemasangan, pengendalian serta penyelenggaraan sistem solarnya.

Terdapat beberapa kecacatan pada kebanyakan panel yang boleh dilihat hanya dari mata kasar atau mudah dikesan melalui alatan yang betul. Tambah Walmart, hal ini menunjukkan Tesla tidak mempunyai prosedur pemeriksaan yang lengkap atau yang lebih menyedihkan tidak pernah memeriksa langsung tapak projek.

Tinjauan oleh pihak Walmart juga mendapati beberapa sambungan yang berbahaya serta wayar yang diikat longgar dan tergantung di beberapa lokasi.

Tesla telah mengambilalih SolarCity pada tahun 2016 dengan nilai $2.6 bilion dimana SolarCity bersetuju untuk membuat pertukaran saham sekaligus menyaksikan pemegang saham SolarCity menerima 0.11 saham daripada Tesla untuk setiap saham yang dimiliki sebelum ni.

Dalam pada itu, awal Ogos lalu telah menyaksikan CEO Tesla Elon Musk telah bebas daripada pertuduhan pihak mahkamah yang mendakwa beliau mendapat keuntungan yang meragukan daripada pembelian syarikat SolarCity dimana pengasasnya merupakan sepupu beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat