Yuan Mengetuai Carta Matawang Paling Lemah Pada Hari Ini Selepas Ancaman Oleh Trump

526

Matawang Yuan hari ini mencatatkan kejatuhan terbesar dalam tempoh 10 bulan selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk menaikkan tarif ke atas $ 200 bilion barangan Cina pada minggu ini dan menyasarkan beratus-ratus bilion lagi untuk masa akan datang.

Susulan hal ini, ketegangan dalam sentimen pasaran semakin meningkat sekaligus menjadikan matawang AUD yang merupakan rakan dagang terbesar China merosot manakala matawang bersifat safe haven seperti Yen dan Chf mendapat permintaan yang tinggi.

Dalam perkembangan pasaran Eropah pula, tinjauan perkhidmatan PMI zon Eropah telah disemak lebih tinggi kepada 52.8 pada April 2019 daripada bacaan awal 52.5 tetapi masih di bawah 53.3. Kenaikan data ini disokong olh sektor dari Jerman dan Perancis.

Tidak lama kemudian, data jualan runcit zon Eropah dikeluarkan pada jam 5 petang sebentar tadi di mana bacaan jualan runcit hadir pada paras sifar untuk bulan Mac, turun daripada 0.5% pada Februari dan menewaskan jangkaan pasaran untuk penurunan 0.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat