Zeti: BNM Rugi RM31 Billion Dalam Dagangan Forex Antara Tahun 1991-1994

246

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengakui behawa terdapat kerugian dalam urusniaga tukaran matawang (Forex) pada tahun 1990-an dalam keterangan beliau kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Menurut Zeti, bank pusat mengalami kerugian sehingga RM31 billion melalui dagangan tukaran matawang di antara tahun 1991-1994. “Kejadian ini masih segar dalam ingatan dan terdapat usaha untuk menghentikan ia daripada berlaku semula,” kata Zeti yang merupakan Gabenor BNM ke-tujuh dari tahun 2000 hingga 2016.

Beliau juga terkejut dengan kerugian besar yang dialami oleh bank negara melalui media pada Januari 1994 semasa beliau bekerja di cawangan BNM, London.

Selain Zeti, bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga Penasihat BNM pada 1989 hingga April 1994 dan bekas Peguam Negara Tan Sri Ainum Mohamed Saaid juga hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding tersebut.

Zeti pada mulanya mejelaskan sebelum beliau menjadi Gabenor, hanya terdapat satu jawatankuasa yang menyelia perniagaan yang dijalankan oleh bank pusat termasuklah dagangan forex.

“Pada masa itu, hanya Jawatankuasa Audit yang ada. Tetapi dari 2009 dan seterusnya, kami membentuk dua lagi jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Jawatankuasa Gabenor.”

“Ahli-ahli setiap jawatankuasa adalah pengarah-pengarah bebas, bermaksud mereka bukan daripada BNM dan tiada seorang pun daripada kami yang mewakili jawatankuasa tersebut. Tiga daripada jawatankuasa ini akan berkhidmat sebagai checks and balances kepada bank pusat,” kata Zeti.

Zeti juga menjelaskan dalam keterangan awal bahawa beliau dilantik sebagai ketua Pejabat Wakil BNM di London pada tahun 1989 sehingga pertengahan 1990-an. Pejabat di London juga diperuntukkan US$200 juta bagi tujuan pelaburan ketika itu.

“Pejabat BNM di London tidaklah pada mulanya menjalankan urusniaga forex, namun ia berubah selepas itu. Walaubagaimanapun, aktiviti dagangan forex ketika itu adalah untuk menyokong aktiviti pelaburan dan bukannya mengambil posisi kepada mana-mana matawang,” kata beliau.

Tambah beliau, tiga tahun kemudian amaun yang diberikan kepada pejabat di London dan New York ditingkatkan daripada US$200 juta kepada US$500 juta di mana amaun tersebut dikekalkan sehingga ke hari ini.

Zeti juga menyatakan jumlah US$200 juta yang diperuntukkan kepada pejabat London mewakili satu peratus daripada jumlah rizab bank negara ketika itu.

Beliau terkejut dengan kerugian besar yang dialami oleh bank negara yang hanya diketahuinya melalui media pada Januari 1994 semasa menjadi ketua cawangan BNM di London. Walaupun dengan kerugian yang besar itu, BNM tidak jatuh tetapi bangkit dan semakin kuat daripada dulu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat