Zon $1.0900 Sukar Ditembusi, EUR/USD Berundur Jatuh

148

Walaupun dengan momentum yang perlahan namun US dolar dilihat masih berjaya memaparkan pengukuhan di sesi New York semalam untuk meneruskan corak pergerakan minggu lalu.

Penganalisis memberi amaran kepada pelabur untuk berjaga-jaga dengan ketidaktentuan pasaran menjelang mesyuarat polisi bank-bank pusat utama dengan tumpuan utama adalah pada mesyuarat FOMC.

Keputusan dalam langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) akan menentukan arah pergerakan US dolar selepas ini.

Diperhatikan pergerakan semasa harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dalam trend bearish di samping pengukuhan yang masih dipaparkan oleh US dolar sehingga ketika ini.

Pada dagangan Isnin semalam, harga dilihat menguji zon 1.09000 namun harga menemui kesukaran untuk kekal berada di atasnya sebelum paparkan penurunan di sesi New York.

Harga mencecah paras 1.08700 dan mendatar di sekitar itu sehingga ke dagangan penutup sesi tersebut.

Pergerakan harga yang kembali berlegar di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat kecenderungan untuk harga meneruskan penurunan lebih rendah.

Jika penurunan diteruskan, paras 1.08000 bakal dicecah sebagai sasaran zon penting untuk diuji harga.

Penurunan lebih rendah boleh berlaku minggu ini sekiranya impak mesyuarat FOMC mempengaruhi tekanan harga.

Namun, harga juga boleh melantun naik semula di atas 1.08000 jika reaksi pasaran menyokong corak kenaikan untuk berlaku.

Sasaran adalah untuk mencapai ketinggian pada paras tumpuan 1.10000 selepas mengatasi paras dicapai pada minggu-minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat