1 Juta Akaun EPayments Dibekukan Cetus Tanda Tanya!

868

EPayments Systems, sebuah institusi wang elektronik yang diiktiraf di United Kingdom telah menangguhkan operasi pembayaran secara atas talian gara-gara prosedur pencegahan wang haram (AML) yang dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan (FCA).

Rentetan daripada itu, ePayments mengeluarkan notis ringkas di laman web dan menghantar emel kepada para pelanggannya untuk mendedahkan tentang butiran pemeriksaan FCA. Berikutan dengan pemeriksaan tersebut, sebanyak 1 juta akaun pengguna ePayment telah dibekukan dan menghalang pembukaan akaun baru.

Untuk pengetahuan semua, FCA memberikan keizinan kepada ePayments untuk menyediakan perkhidmatan termasuk mengeluarkan akaun maya dengan IBAN, kad prabayar, proses pembayaran dan mengendalikan dompet wang elektronik di seluruh kawasan Kesatuan Eropah sejak pelancaran awalnya.

Namun, melalui pemeriksaan yang dijalankan, para pelanggan tidak boleh menjalankan transaksi pemindahan, pengeluaran atau deposit wang serta tidak boleh menggunakan kad ePayments.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat