11 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (16-20 Mac 2020)

2,618

Berikut merupakan data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Pengeluaran Perindustrian China (Isnin 10.00 Pagi): Pengeluaran di China merosot dengan angka penurunan lebih rendah diterbitkan berbanding jangkaan. Data pelaburan aset tetap dan jualan runcit China yang diterbitkan bersama masing-masing merekodkan penurunan yang sangat ketara akibat terkesan oleh krisis Coronavirus.

Mesyuarat Dasar Monetari Bank Pusat Jepun (Isnin): Kadar faedah dijangka akan dikekalkan oleh Bank of Japan (BOJ) namun pasaran akan menjangkakan pakej rangsangan dan pelonggaran polisi lebih lanjut oleh bank pusat dalam menangani ancaman wabak COVID-19.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (Selasa 8.30 Pagi): Minit akan memberikan butiran lanjut berkenaan polisi bank pusat pada mesyuarat awal Mac lalu. Pada mesyuarat terbaru, Reserve Bank of Australia (RBA) telah turunkan kadar faedah dari 0.75% kepada 0.50%. Penilaian lebih pesimis oleh penggubal dasar akan menambahkan tekana buat dagangan Aussie.

Data Pekerjaan UK (Selasa 5.30 Petang): Pertumbuhan gaji perlahan pada Disember 2019 di bawah paras 3.0% dijangka kembali meningkat semula pada Januari. Kadar pengangguran dijangka akan terus kekal di paras 3.8% seperti sebelumnya.

Sentimen Ekonomi ZEW Jerman (Selasa 6.00 Petang): Data tinjauan oleh ZEW yang menilai tahap kesihatan ekonomi terbesar di zon Eropah ini melihatkan penurunan pada bacaan Februari dan dijangka angka bacaan untuk Mac turun ke paras negatif.

Jualan Runcit Amerika Syarikat (Selasa 8.30 Malam): Kadar jualan untuk Februari dijangka akan mencatatkan penurunan akibat kesan penularan wabak Coronavirus. Penurunan pada angka bacaan bakal mempengaruhi kadar inflasi Amerika Syarikat.

Data Inflasi Zon Eropah (Rabu 6.00 Petang): Bacaan akhir inflasi zon Eropah dijangka tidak berubah dengan bacaan sebelum ini di paras 1.2% untuk kedua-dua bacaan inflasi dan teras.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Inflasi Kanada pada Januari mencatatkan peningkatan ke paras 0.3% namun kesan wabak COVID-19 yang melanda berkemungkinan mempengaruhi penurunan pada bacaan Februari.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Pembukaan sesi dagangan minggu ini telah menyaksikan pengumuman kecemasan kali kedua oleh Fed yang menurunkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas. Adakah mesyuarat seterusnya akan diturunkan lagi atau kadar faedah kekal di paras terendah 0.25% terkini?

Laporan Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Angka pertambahan pekerjaan di Australia pada Januari meningkat kepada 13,500 namun penurunan kepada 8,500 pekerjaan dijangkakan untuk Februari. Kadar pengangguran dijangka kekal di paras 5.3%.

Mesyuarat Dasar Monetari Bank Pusat Switzerland (Khamis 4.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) berkemungkinan mengikut jejak langkah bank psuat Eropah (ECB) dengan mengekalkan kadar faedah. Pelonggaran polisi akan dijangkakan pelabur jika wabak Coronavirus juga dilihat sebagai ancaman kepada ekonomi.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat