15 NFT Paling Inovatif Tahun 2021

1,309

Kerana isu copyright pandai-pandai lah korang Google sendiri NFT tu okay – penulis INTRADAY.my yang buang kes.

1. All Seeing Seneca

  • All Seeing Seneca artis yang terlibat dengan Yaga Labs dalam hasilkan Bored Ape Yacth Club telah keluarkan koleksi innovatif sendiri yang lebih ceria dan lari jauh dari konsep Bored Ape.

2. Justin Aversano

  • Perintis dalam subgenre NFT fotografi dengan koleksi Twin Flames yang menampilkan gambar menawan 100 set kembar yang dijual pada 1.1 juta.

3. Beeple

  • Menghasilkan NFT innovatif yang dipanggil ‘EVERYDAYS: THE FIRST 5000 DAYS’ yang merangkumi perjalanan hidup sepanjang 13 tahun dan dijual pada $69.3 juta.

4. Dmitri Cherniak

  • Mengasilkan NFT ‘The Ringers’ dengan menggunakan p5js bagi menghasilkan imej rentetan yang boleh dikenali seta-merta di sekeliling set pasak dan merangkumi koleksi 1,000 NFT generatif dan dijual pada harga lantai $138,900 atau 35 ETH.

5. Clon

  1. Menghasilkan koleksi NFT ‘Cool Cats’ yang memiliki 9,999 janaan secara rawak warna pstel yang menyeronokkan dan kolaborasi dengan majalah TIME telah meningkatkan harga lantai pada $25,000 atau 6.73 ETH.

6. FEWOCiOUS

  • Menghasilkan NFT ‘Hello, i’m Victor (FEWOCiOUS) and This Is My Life’ yang terdiri daripada 5 karya seni digital yang menggarbarkan tahun pembentukannya sebagai artis transgender dari 14 sehingga 18 tahun.

7. Gremplin

  • Menghasilkan CrypToadz yang berwarna-warni dan berbentuk piksel atau meme yang unik.

8. Hackatao

  • Pasangan yang menghasilkan set NFT watak totemik yang dipanggil ‘Podmorks’ serta pelbagai jenis karya seni statik dan animasi yang menyentuh isu-isu masyarakat.

9. Damien Hirst

  • Menghasilkan NFT ‘The Currency’ yang memberikan pilihan kepada pembeli untuk menyimpan NFT tersebut atau ‘bakar’ NFT tersebut bagi mendapatkan karya secara fizikal.

10. Tylor Hobbs

  • Menghasilkan NFT dengan menggunakan algoritma yang dipanggil estetika pengiraan dan NFT ‘Fidenza’ ciptaannya merupakan satu koleksi 999 keping berdasarkan algoritma yang menjana corak unit semasa penempaan.

11. Mad Dog Jones

  • Menghasilkan ‘REPLICATOR’ yang boleh menghasilkan 7 generasi cetakan varian NFT yang boleh dijual semula dengan sendirinya.

12. Yam Karkai

  • Menghasilkan NFT yang lebih bersifat ‘keperempuanan’ dalam dunia NFT yang didominasi oleh banyak NFT bersifat kelelakian seperti Ape dan Punk

13. Pak

  • Menghasilkan NFT bersifat struktur geometri nonokrom minimalist yang menenangkan.

14. Pplpleasr

  • Menghasilkan NFT bersama DAO dan melibatkan diri dengan DeFi

15. XCOPY

  • Menghasilkan NFT bertemakan kematian, dystopia dan sikap tidak peduli dengan imej berkelip dalam naimasi seperti kartun.

Akhir kata dari Team Intraday, Selamat Tahun dan ingat ‘Baca Intraday, Baru Trade’.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat