2 Faktor Ini Undang Lonjakan Casper (CSPR) Lebih 2300% Dalam Seminggu!

1,826

Rekod menunjukkan Casper (CSPR) yang juga merupakan token IOU telah melonjak lebih tinggi 2,300% sejak 6 Mei.

Pada ketika itu, harga CSPR didagangkan pada nilai terendah, $1.15 meningkat kepada $28 pada 10 Mei. Sebelum itu, harga CSPR ketika penawaran koin permulaan (Initial Coin Offering, ICO) pada 7 April dicatatkan pada $0.03.

Untuk pengetahuan, sebagai token IOU, pihak yang berminat dengan projek yang dilancarkan boleh berdagang menggunakan token tersebut walaupun belum lagi dilancarkan.

Terdapat dua faktor yang menyokong pergerakan harga CSPR:

  1. Penyenaraian di platfrom utama

Selepas ICO, CSPR disenaraikan di platform kecil seperti BitZ, dengan julat dagangan pada $3 sehingga awal Mei.

Menjelang pengumuman penyenaraian di Huobi pada 9 Mei, harga CSPR mula menyaksikan pergerakan positif. Dilaporkan jumlah dagangan di exchanges yang menyenaraikan CSPR telah meningkat 6 kali ganda, sekaligus membawa harganya 933 kali lebih mahal berbanding harganya ketika ICO.

  1. Disokong oleh kerjasama dan projek protokol

Sebaik sahaja pelancaran mainnet Casper pada 31 Mac, protokol itu mengumumkan potensi kolaborasi bersama Terra Virtua, BIGtoken, WISeKey dan Lead Ventures.

Tidak cukup dengan itu, pembangun Casper sedang mengusahakan pelancaran platform yang mengeluarkan geran untuk pembangunan sumber terbuka (open source) bagi rangkaian Casper, DEVvDAO.

Menariknya, protokol ini dilihat ada peluang yang cerah dengan fokus pertumbuhan dan pembangunan di Afrika dan Timur Tengah, kawasan yang masih belum diterokai manfaatnya dalam sektor blockchain.

Ketika penulisan, Casper didagangkan pada $35.80 dengan lonjakan lebih 175% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat