2 Sebab Matawang Aussie dan New Zealand Dolar Menyusut Dalam Pasaran Eropah

216

Matawang Australia dan New Zealand dolar menyusut berbanding matawang U.S dolar pada hari Selasa, berikutan sikap para pelabur yang berhati-hati terhadap isu politik di U.S dan tumpuan terhadap mesyuarat polisi Fed.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.13% kepada 0.7678 setakat jam 4.30 p.m.

Penyusutan ini adalah disebabkan laporan rasmi pengilangan PMI China menunjukkan pengurangan dalam pertumbuhan daripada jangkaan dalam sektor pembuatan pada bulan Oktober apabila Indeks PMI mencatat bacaan 51.6 pada bulan Oktober berbanding bulan September yang mencatat bacaan 52.4.

Matawang Aussie sensitif dengan dengan data ekonomi China, kerana hubungan perdagangan yang kuat antara kedua buah negara tersebut. China merupakan pengimport terbesar komoditi dari Australia.

Matawang NZD/USD menyusut sebanyak 0.41% kepada 0.6848 setakat jam 4.30 p.m.

Pasaran sedikit tertekan apabila pasukan penyiasat persekutuan yang menyiasat campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2016 mendakwa bekas pengarah kempen Presiden Donald Trump, Paul Manafort dan seorang lagi pembantu, Rick Gates berkaitan penggubahan wang haram, semalam.

U.S dolar bertambah tertekan apabila laporan terkini melaporkan bahawa Trump lebih condong kepada Gabenor Jerome Powell sebagai pengerusi the Fed.

Di New Zealand, data ANZ Indeks Keyakinan Perniagaan (Business Confidence Index) jatuh ke paras terendah 2 tahu lalu iaitu -10.1 pada bulan Oktober berbanding bulan sudah yang mencatat bacaan 0.0.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain menguku sedikit sebanyak 0.04% kepada 94.42 setakat jam 4.30 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat