3 Langkah Mudah Untuk Mula Melabur!

1,818

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai individu mengambil langkah untuk menambah pendapatan mereka melalui perniagaan, pelaburan atau sebagainya. Namun begitu, segelintir individu ragu-ragu untuk menceburi kedua-dua bidang tersebut khususnya pelaburan.

Hal ini demikian kerana anggapan mereka bahawa pelaburan merupakan satu bidang yang sukar dan bakal mendatangkan kerugian yang besar. Hakikatnya, tahukah anda terdapat beberapa langkah mudah untuk anda berjinak-jinak dalam dunia pelaburan?

#Buat Persediaan Yang Rapi

Sebelum mula melabur, anda mestilah mempersiapkan diri. Dalam langkah persediaan tersebut, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan iaitu mempunyai matlamat pelaburan yang jelas. Nyatakan sebab mengapa anda perlu melabur?

Yang kedua, jika anda mempunyai hutang, segera langsaikan hutang tersebut atau sediakan pelan pembayaran hutang. Melalui pelan berkenaan, anda dapat membuat pembayaran hutang mengikut masa yang ditetapkan serta anda dapat segera bebas daripada hutang.

Tanpa bebanan hutang, komitmen kewangan anda akan berkurang. Jadi, wang tersebut boleh digunakan untuk melabur!

#Tetapkan Modal Pelaburan Yang Sesuai

Kata pepatah ada menyebut, ukur baju di badan sendiri. Oleh itu, anda perlu menentukan berapa modal pelaburan yang diperlukan mengikut kemampuan anda. Di samping itu, anda juga boleh merangka pelan pelaburan yang bersesuaian sama ada ingin melabur secara bulanan atau tahunan.

Berdasarkan pelan tersebut, anda turut boleh merancang strategi pelaburan yang efektif dan merealisasikan matlamat pelaburan anda!

#Fahami Asas Pelaburan Dan Risiko Yang Bakal Dihadapi

Salah satu aspek penting yang perlu anda fokuskan ialah kefahaman terhadap asas-asas pelaburan dan risiko yang bakal dihadapi. Bagaimana untuk faham? Terdapat banyak medium pembelajaran yang menyediakan alternatif mudah untuk anda mempelajari tentang pelaburan seperti artikel di internet, buku-buku atau majalah kewangan dan sebagainya.

Seterusnya, lakukan kajian anda tentang jenis-jenis pelaburan yang berbeza dan tentukan pelaburan yang bersesuaian dengan anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat