3 Situasi ‘Epic’ Yang Telah Hancurkan Ribuan Akaun Trader Forex

12,708

Artikel ini akan memetik beberapa situasi yang sering terjadi dan ramai trader forex yang kecundang apabila berdepan cabaran ini. Jika diperhalusi, situasi-situasi yang hadir sebenarnya menguji ketahanan daya psikologi dan disiplin seseorang trader itu sendiri.

Jom kita teliti apa situasi yang telah menewaskan ramai trader dalam bidang forex trading ini.

#1 Profit berturutan akan sebabkan trader kehilangan modal

Bunyinya agak pelik kerana sebagai trader sememangnya kita inginkan hasil profit yang berterusan, betul?

Namun cabaran muncul apabila trader mula berfikir untuk mengaut lebih keuntungan kerana dah ‘overconfidence’ selepas profit yang berturutan sebelumnya (winning streak).

Pada waktu ini, trader mula berani meningkatkan risiko ke atas akaun trading dan melanggar trading plan pada awalnya. Hakikatnya memang situasi ini sering terjadi dalam kalangan trader.

#2 Trader bosan dengan posisi trade yang sedikit

Jika diikutkan kepada langkah dalam menyediakan trading plan, trader perlu mempunyai setup yang kukuh untuk masuk dalam pasaran.

Apabila tiada setup yang sesuai dan tidak mendorong untuk trader membuka posisi dagangan, mereka akan mula berasa bosan untuk menunggu.

Pelik tapi benar, trader akan berasa gelisah apabila tiada posisi dagangan dalam pasaran sedangkan waktu terus berjalan. Ini akan mendorong trader memilih dagangan yang berisiko dan tidak menepati trading plan mereka.

Adalah lebih baik untuk terlepas peluang trade berbanding memilih trade yang berisiko!

#3 Masuk pasaran kerana terpengaruh pendapat luar

Situasi ni paling ramai trader lakukan. Disebabkan terlalu banyak terdedah oleh profit yang ditayangkan di media sosial dan sebagainya, trader akan mula meragui analisis yang disediakannya sendiri.

Lebih-lebih lagi apabila analisisnya tidak sepadan dengan pendapat majoriti di luar sana.

Trader lebih cederung untuk mengikuti pendapat dari orang luar yang mengaku keberkesanan hasil trading mereka walaupun kesahihannya tidak dapat dibuktikan dengan jelas.

Tidak semestinya jika ramai yang melakukan sesuatu tindakan tersebut dan anda harus mengikutinya tanpa usul periksa. Anda juga perlu lebih tegas dengan pendirian anda sendiri.

Jika dapat disimpulkan, situasi-situasi yang disebutkan di atas lebih cenderung ke arah kawalan psikologi dan disiplin seseorang trader itu sendiri. Semoga anda sebagai trader akan lebih bersedia berdepan situasi sebegini di masa hadapan.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat