4 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (28 Disember – 1 Januari 2021)

766

Pergerakan harga dalam pasaran dijangka volatile berikutan kecairan yang rendah pada minggu terakhir dagangan untuk tahun 2020.

Dengan perayaan krismas dan juga sambutan tahun baru, pelabur dijangka akan mengambil langkah selamat untuk tidak berada dalam pasaran dan menyambung dagangan pada Januari 2021.

Kebanyakan bank-bank juga ditutup di samping ketiadaan data-data ekonomi penting yang menjadi tumpuan pelabur.

Namun beberapa data-data ini boleh dijadikan rujukan untuk trader yang masih meneruskan dagangan pada minggu ini.

Data Pengeluaran Perindustrian Jepun (Isnin 7.50 Pagi): Sektor pengeluaran untuk November di Jepun mencatatkan bacaan sifar, lebih rendah berbanding jangkaan penurunan dan juga bacaan data sebelumnya.

Inventori Minyak Mentah AS (Rabu 11.30 Malam): Penurunan pada bekalan minyak mentah di Amerika Syarikat akan mendorong permintaan yang meningkat sekaligus menyokong kenaikan pada harga minyak mentah.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan China (Khamis 9.00 Pagi): Data tinjauan ini akan memberi gambaran untuk kesihatan ekonomi kedua terbesar dunia. Bacaan data terbaru untuk Disember dijangka masih positif tidak banyak berubah berbanding bacaan sebelumnya.

Data Tuntutan Pengangguran AS (Khamis 9.30 Malam): Tuntutan pengangguran sejak September telah berada di bawah paras angka 1 juta. Namun masih kekal pada sekitar atas paras 700,000 sehingga penghujung tahun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat