5 Langkah Mudah Untuk Mula Trade Forex Dari Rumah!

6,055

Bersempena dengan tahun baru yang telah tiba, pasti ramai individu yang berazam untuk membina sebuah kehidupan yang lebih baik dengan mempunyai kewangan yang kukuh. Justeru itu, mereka cenderung untuk memilih forex trading sebagai salah satu inisiatif bagi merealisasikan azam tersebut.

Akan tetapi, ada yang menganggap bahawa pekerjaan mereka sebagai penghalang untuk trade forex. Hakikatnya, anda boleh trade forex pada bila-bila masa dan di mana jua keberadaan anda meskipun di rumah hanya dengan menggunakan telefon bimbit, laptop, atau komputer dengan adanya akses internet!

Mudah, bukan? Ikuti 5 langkah mudah ini untuk mengetahui cara terbaik trade forex dari rumah!

1. Fahami Apa Yang Anda Lakukan

Sebelum memulakan langkah, ada satu persoalan yang mesti anda jawab terlebih dahulu. Adakah anda benar-benar faham apakah itu forex trading? Jika masih ragu-ragu atau tidak tahu, itu bermakna anda perlukan ilmu!

Hal ini kerana ilmu pengetahuan merupakan kunci penting dalam forex trading agar anda dapat memasuki pasaran dengan yakin! Bagaimana nak belajar? Dalam dunia serba canggih ini, segalanya berada di hujung jari. Cari medium pembelajaran forex yang bersesuaian melalui internet atau bahan-bahan bacaan yang lain.

Boleh juga mula mempelajari asas forex dengan pembacaan di Intraday yang dikongsikan secara percuma. (baca di sini)

Selain itu, menimba ilmu juga dianggap sebagai satu persediaan yang baik sebelum mula trade forex. Jadi, dengan adanya ilmu yang cukup, anda tak perlu dihantui lagi dengan rasa bimbang atau takut untuk melibatkan diri dalam dunia forex trading meskipun hanya bekerja di dalam rumah!

2. Ketahui Risiko Dan Cara-cara Untuk Menguruskannya

Sering kita dengar bahawa forex trading merupakan pasaran terbesar di dunia. Oleh itu, ianya juga akan terdedah dengan pelbagai risiko. Apa yang harus anda lakukan?

Fahami risiko yang bakal dihadapi dan ketahui bagaimana untuk menguruskannya. Sebagai contoh, anda perlu tahu jumlah wang yang diperuntukkan untuk trade forex dan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun trading anda.

Melalui jumlah tersebut, anda perlu menentukan jumlah risiko yang akan anda hadapi pada setiap urusniaga. Di samping itu, inisiatif ini dapat membantu anda untuk meminimumkan kerugian yang bakal dihadapi.

Tambahan daripada itu, ianya juga memberi peluang kepada anda untuk menumpukan perhatian kepada sesi dagangan yang baik dan memberikan anda ketenangan minda walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko.

3. Pilih Broker Forex Yang Betul

Dalam forex trading, pemilihan broker adalah satu aspek yang sangat dititikberatkan. Oleh yang demikian, anda perlu membuat pilihan yang bijak dan dan sentiasa berhati-hati. Hal ini disebabkan oleh banyak kes penipuan yang dijalankan oleh scammer.

Teliti dan selidik terlebih dahulu tentang sesebuah syarikat pembrokeran serta jangan mudah terpedaya. Di samping itu, ketahui tentang caj atau yuran yang dikenakan dan aset atau peralatan yang ditawarkan.

Selain itu, aspek ini juga adalah penting untuk menjamin forex trading anda yang efektif dan menguntungkan. Justeru itu, anda mesti bijak memilih dan bertindak! Jangan sia-siakan peluang keemasan ini gara-gara kesilapan kecil yang dibuat!

4. Jangan Tergopoh-gapah

Setiap perkara di dalam dunia ini memerlukan masa. Jadi, anda mesti menanamkan sifat sabar dalam diri serta jangan bandingkan diri anda sebagai seorang beginner dengan forex trader profesional!

Mulakan dengan jumlah modal yang kecil dan fokus untuk merealisasikan matlamat jangka masa panjang yang anda telah tetapkan. Jangan tergopoh-gapah untuk mendapatkan untung sedangkan anda masih baru dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan pasaran.

5. Jangan Putus Asa Dengan Kerugian Awal

Setiap forex trader pernah mengalami kerugian apatah lagi anda yang baru sahaja bermula! Analoginya mudah, kanak-kanak kecil yang belajar untuk berjalan pun jatuhnya berkali-kali. Jadi, jangan berputus asa!

Jadikan kerugian anda sebagai batu loncatan untuk anda mencatatkan keuntungan pada masa hadapan. Belajar daripada kesilapan dan jangan mengulanginya lagi. Forex trading bukanlah sebuah bidang yang mudah tetapi sangat berbaloi!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat