5 Persoalan Yang Perlu Dititikberatkan Sebelum Melabur

2,261

Ramai individu sudah mula tertarik untuk melibatkan diri dalam pelaburan kerana ianya dianggap menguntungkan. Namun begitu, ianya bukanlah semudah yang disangka. Oleh itu, anda perlu untuk menjawab beberapa persoalan sebelum melibatkan diri dalam dunia pelaburan.

1. Apakah Matlamat Pelaburan Anda?

Pelaburan tidak boleh dilaksanakan hanya kerana mengikuti trend atau dipengaruhi oleh rakan-rakan anda. Hakikatnya, anda sendiri yang perlu menentukan matlamat pelaburan anda.

Matlamat tersebut merupakan suatu keperluan atau kepentingan buat anda seperti perbelanjaan untuk melancong, persediaan untuk bersara atau pembiayaan anak ke universiti. Selain itu, ianya merangkumi jumlah wang yang spesifik dengan tarikh yang tetap, bila wang tersebut perlu digunakan.

Oleh itu, anda mestilah fokus kepada matlamat yang telah ditetapkan, jangan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang boleh menjejaskan pelaburan anda.

2. Bagaimanakah Perasaan Anda Ketika Memutuskan Untuk Melabur?

Setiap perkara yang dilakukan mesti dipengaruhi oleh emosi. Jadi, anda tidak boleh mengenepikan emosi anda ketika membuat keputusan. Elakkan daripada melabur ketika emosi anda tidak stabil.

Luangkan sedikit masa untuk mempertimbangkan semula keputusan anda.

3. Sejauh Mana Kefahaman Anda Tentang Pelaburan?

Pelaburan terbaik adalah yang paling mudah. Hal ini demikian kerana pelaburan yang kompleks memerlukan kos yang tinggi, pulangan yang rendah serta sukar untuk dijangka.

Cuba jelaskan bagaimana cara anda melabur secara ringkas, mungkin ianya tidak bersesuaian dengan matlamat pelaburan anda.

4. Berapakah Kos Pelaburan Yang Diperlukan?

Minimumkan kos pelaburan supaya anda boleh melihat pulangannya. Kos pelaburan yang rendah berpotensi untuk memberikan anda pulangan yang baik serta bersesuaian dengan matlamat pelaburan yang dijalankan.

Akan tetapi, anda mestilah peka dengan kos-kos yang tidak dijangka. Hakikatnya, pelaburan yang rumit berkemungkinan besar akan melibatkan kos yang tinggi.

Oleh itu, anda perlu meneliti kos keseluruhan yang terlibat sebelum mula melabur.

5. Apakah Pelaburan Yang Sesuai Untuk Anda?

Persoalan ini merupakan kunci untuk anda mengenalpasti portfolio pelaburan yang sesuai dengan matlamat anda. Pilih kumpulan pelaburan yang boleh bekerjasama untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Adakah kesemua persoalan ini mampu anda jawab? Kesimpulannya, anda perlu bertindak dengan bijak sebelum memulakan suatu pelaburan. Pilihan berada di tangan anda!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat