6 Berita Data Ekonomi Tumpuan Pasaran Minggu Ini (24-28 Jun 2024)

504

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (25 Jun 2024)

Data Inflasi Kanada (8.30 Malam) – Bank pusat Kanada pada mesyuarat terbaru telah bertindak untuk menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas. Dengan jangkaan data inflasi terbaru yang menurun, bank pusat mungkin akan meneruskan langkah pelonggaran dasar monetari.

Data Keyakinan Pengguna AS (10.00 Malam) – Pelabur akan memerhati laporan tinjauan isi rumah di Amerika untuk menilai tahap keyakinan kewangan pengguna yang boleh memberi gambaran terhadap perbelanjaan dan aktiviti ekonomi.

RABU (26 Jun 2024)

Data Inflasi Australia (9.30 Malam) – Jangkaan terhadap penurunan kadar inflasi di Australia boleh mendorong bank pusat untuk menurunkan kadar faedah. Reserve Bank of Australia (RBA) membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat minggu lalu.

KHAMIS (27 Jun 2024)

Data KDNK AS (8.30 Malam) – Pasaran akan menantikan bacaan terakhir pada laporan pertumbuhan ekonomi AS untuk suku tahun pertama 2024. Peningkatan angka akan memberikan sentimen positif buat ekonomi AS.

JUMAAT (28 Jun 2024)

Data KDNK Kanada (8.30 Malam) – Pertumbuhan ekonomi Kanada untuk April dijangka lebih baik setelah laporan bulan sebelumnya yang tidak mencatatkan pertumbuhan iaitu di paras 0.0%. Ramalan terbaru adalah meningkat kepada 0.3%.

Data Indeks PCE AS (8.30 Malam) – Bakal memacu pergerakan USD di sesi terakhir dagangan minggu ini, data yang menjadi sebahagian daripada komponen inflasi ini merupakan petunjuk penting buat Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar monetari mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat