7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (27 Feb – 3 Mac 2023)

443

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Tempahan Barangan Tahan Lama AS (Isnin 9.30 Malam): Data yang akan mempengaruhi aktiviti pembuatan di Amerika Syarikat ini akan diberikan perhatian di awal minggu dan berkemungkinan akan menjadi pemacu dagangan mata wang US dolar.

Data KDNK Kanada (Selasa 9.30 Malam): Pertumbuhan ekonomi Kanada akan diukur di mana akan turut menjadi perhatian bank pusat dalam menilai keputusan penetapan dasar monetari mereka. Pertumbuhan pada untuk Disember 2022 diramalkan sedikit lemah.

Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa 11.00 Malam): Tinjauan terhadap isi rumah di AS akan memberikan gambaran tahap keyakinan pengguna berdasarkan perbelanjaan. Ini turut memberi isyarat awal terhadap perniagaan, jualan dan lain-lain situasi ekonomi di masa hadapan.

Data Inflasi Australia (Rabu 8.30 Pagi): Setelah bank pusat Australia menaikkan kadar faedah pada mesyuarat awal Februari lalu, pasaran akan kembali memerhatikan bacaan data inflasi terbaru dengan jangkaan penurunan angka akan dipaparkan semula setelah melonjak pada terbitan data Januari lalu.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Rabu 11.00 Malam): Tinjauan terhadap sektor pembuatan AS adalah penting dan terbitan data akan mempengaruhi pergerakan mata wang US dolar. Jangkaan bacaan yang kekal di bawah paras 50.0 mata adalah membimbangkan.

Data Inflasi Eropah (Khamis 6.00 Petang): Bacaan awal inflasi di Eropah akan menjadi tumpuan pasaran dengan jangkaan corak bacaan data yang semakin menurun. Namun, kadar inflasi di Eropah yang masih tinggi turut akan mendesak bank pusat untuk melaksanakan pengetatan dasar monetari mereka.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Jumaat 11.00 Malam): Sektor perkhidmatan di AS diramalkan kekal baik dengan jangkaan bacaan angka melebihi paras 50.0 mata. Tinjauan terbaru dijangka kekal baik namun berkemungkinan sedikit susut berbanding bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat