7 Isu Dunia Crypto Sepanjang Minggu Lepas Yang Berakhir Pada 28 Januari 2018

889

Jumlah pasaran matawang crypto pada hari ini berada pada paras $580 billion, naik daripada paras $565 billion dicapai pada isnin lepas.

Harga bitcoin kini mencat pada harga $11,493.70 bagi satu bitcoin. Pada Isnin lepas harga bitcoin berada pada paras harga $11,440.20.

Sepanjang minggu lepas terdapat beberapa isu yang berlaku dalam dunia pasaran matawang crypto.

1. Bank terbesar Jepun MUFG akan melancarkan matawang crypto sendiri. MUFG merupakan syarikat kewangan terbesar di Jepun dan kini dalam proses untuk menjadi perbankan pertama yang akan menggunakan matawang digital. Selain itu, MUFG Jepun juga memutuskan untuk melancarkan perkhidmatan pertukaran matawang cryptonya sendiri.

2. Syarikat pertukaran bitcoin dan matawang crypto terbesar di Jepun, Bitflyer kini meluaskan operasinya ke Eropah pada 23 Januari.

Syarikat bitFlyer telah diberikan lesen payment institution (PI) iaitu kebenaran untuk beroperasi secara rasmi di kesatuan Eropah. Maka dengan ini, bitFlyer menjadi plaform pertukaran pertama yang beroperasi di Jepun, US dan Eropah secara rasmi (dikawal selia).

3. Kerajaan Korea Selatan telah mengumumkan bahawa 6 bank utama Korea Selatan akan berkerjasama dengan pihak kerajaan bagi mengawal selia pasaran matawang crypto. Perbankan yang terlibat akan menyediakan perkhidmatan kepada pertukaran matawang crypto bermula akhir bulan ini.

6 perbankan komersial yang akan terlibat ialah Nonghyup Bank, Industrial Bank of Korea, KB Kookmin Bank, dan Shinhan Bank. Pengamalan sistem baru akan mula diguna pakai pada 30 Januari 2018.

4. Korea Selatan telah mengumumkan kadar percukaian terbaru yang akan dikenakan kepada syarikat pertukaran matawang crypto.

platform pertukaran matawang crypto di Korea diwajibkan untuk membayar cukai sebanyak 24.4%. Kadar percukaian ini terdiri daripada 22% cukai korporat dan 2.2% cukai pendapatan umum

5. Penyanyi rap 50 Cent menjadi jutawan dengan bitcoin apabila Curtis Jackson berjaya mengumpul sebanyak 700 BTC dengan hasil jualan album Animal Ambition melalui transaksi yang menggunakan matawang crypto.

6. Agensi Weiss telah mengeluarkan penilaian terhadap matawang crypto. Sebanyak 74 matawang crypto telah disaringkan.

Penilaian tersebut dapat membantu pelabur untuk menilai pelaburan dan menghindarkan kerugian.

Menurut Martin D. Weiss , terdapat banyak matawang crypto yang tidak mampan, overhyped dan scam. Pasaran sangat memerlukan kejelasan . Justeru rating ini dikeluarkan untuk membantu pelanbur menilai matawang crypto yang manakah yang kukuh.

7. Pembicaraan topik matawang crypto di World Economic Forum 2018 , Switzerland.

Kebanyakkan pemimpin menzahirkan keprihatinan terhadap matawang crypto. Matawang digital itu mempunyai potensi untuk digunakan dalam isu jenayah dan pengubahan wang haram.

Perdana Menteri UK, Theresa May mengesa ” kita harus menangani isu ini dengan lebih serius kerana matawang digital dapat disalahgunakan oleh penjenayah.”

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat