AAVE – Protokol Pinjaman Di Ruang DEFI

224

AAVE (yang membawa maksud “Hantu” dalam bahasa Finland) adalah protokol kewangan terdesentralisasi yang membolehkan orang memberi dan menerima pinjaman kripto.

Pemberi pinjaman bakal memperoleh faedah dengan memindahkan aset digital ke dalam kumpulan kecairan (liquidity pool) yang dibuat khas. Dengan menggunakan kecairan tersebut peminjam juga boleh menggunakan kripto untuk dijadikan sebagai cagaran jika ingin mengambil semula pinjaman.

Ketika dilancarkan pada November 2017, AAVE dikenali sebagai ETHLend sebelum membuat penjenamaan semula pada September 2018 yang diasaskan oleh Stani Kulechov.

Sasaran utama Kulechov adalah ingin menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lebih meluas di luar pinjaman Ether dan lebih menyasarkan kepada orang yang sudah terlibat dalam komuniti ‘cryptocurrency’.

Melihat kepada carta AAVE/USDT, pergerakan harga pernah membuat lonjakan melebihi 2,000% bermula daripada pembukaan pasaran November 2020 sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang terbaru di paras harga $668 pada Mei sebelum kembali menyusut.

Namun tampaknya, harga AAVE gagal untuk menembusi zon SBR (support become resistance) sekitar harga $400 dan seterusnya menyambung semula penurunan. Kejatuhan ini juga selaras dengan kejatuhan nilai Bitcoin yang masih lagi gagal untuk menembusi paras harga $40,000.

Jika dilihat kepada pergerakan harga pada pembukaan pasaran hari ini, harga AAVE tidak berdaya dalam mengekalkan rentak kenaikan untuk menembusi zon SBR $400 dan seterusnya menjunam sehingga ke paras harga sekitar $375.

Penurunan yang lebih rendah bakal menguji semula paras sokongan sekitar harga $280 sebelum zon tersebut bakal menjadi penanda aras sama ada paras tersebut mampu untuk menyokong pergerakan harga kembali membuat lonjakan atau terus memberi kedukaan kepada pelabur dengan membuat penurunan yang lebih rendah.

Sekiranya pergerakan harga meneruskan trend penurunan dan melepasi paras sokongan $280, penyusutan yang lebih rendah akan berlaku dan kemungkinan ia bakal mencapai paras harga terendah yang pernah dicatatkan bagi 2021.

Jika pergerakan harga kembali mengukuh dalam membuat kenaikan, zon SBR seterusnya sekitar harga $525 bakal menjadi paras tumpuan kepada para pelabur untuk diuji sebelum kemungkinan untuk harga AAVE kembali menuju ke paras ATH $668 dan mungkin bakal membuat paras ATH yang terbaru lagi.

Setakat jam 11.00 pagi waktu Malaysia, harga AAVE menyusut melebihi 6% untuk didagangkan di paras harga sekitar $370.

Lihat gambar carta matawang kripto AAVE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat