Adakah Amerika Syarikat Perlukan US Dolar Versi Digital?

516

Pelabur jutawan dan bekas pengurus dana , Mike Novogratz mengatakan bahawa Amerika Syarikat akan jauh ketinggalan jika pihak kerajaan tidak mengembangkan US dolar digital dalam masa terdekat.

Mike Novogratz merupakan seorang penyokong bitcoin dan kripto yang sering menyuarakan pandangan beliau dalam pasaran kripto. Dalam kenyataan terkini, beliau berpendapat bahawa aset digital akan menjadi suatu yang penting pada masa akan datang. Namun dengan tindakan yang tidak bersifat proaktif dari kerajaan, A.S mungkin akan ketinggalan terutama kepada negara-negara seperti China.

Dalam banyak keadaan A.S agak lambat dalam beradaptasi dengan perkembangan kripto terutama dalam menggubal peraturan kripto. Hasilnya negara A.S. telah ketinggalan dalam mempelbagaikan produk kewangan seperti bitcoin dan pertukaran perdagangan kripto (ETF).

Baru-baru ini, negara jiran A.S Kanada utara telah menjadi negara yang melancarkan produk tersebut. Disisi yang berbeza China juga telah mengumumkan yuan versi digital dan sudah beberapa bulan dalam fasa uji kaji. Yuan digital kini telah melalui beberapa tahap pengujian dan telah digunakan oleh sekelompok orang terpilih sebagai persiapan untuk menggunakannya secara meluas.

Harga BTC kini telah melonjak kepada paras harga $59,941.22 dan ETH telah naik ke paras harga $2,132.66.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat