Adakah EUR/USD Akan Pamerkan Penurunan Ke Paras Terendah Terbaru Minggu Ini?

862

Matawang Euro masih bergerak lemah sejak minggu lalu berikutan masih lagi terkesan dengan faktor ekonomi zon Eropah yang masih terjejas.

Sebahagian negara Eropah masih melaksanakan pelonggaran sekatan pergerakan secara berperingkat dalam usaha untuk menggerakkan semula aktiviti ekonomi.

Sehingga penghujung minggu lalu, Sepanyol dan Itali melaporkan angka kematian terendah sejak Mac. Jerman juga turut melaporkan penurunan pada kadar kes jangkitan.

Ketua Ekonomi di bank pusat Eropah (ECB), Philip Lane mengulangi bahawa institusi sedang bersedia untuk meningkatkan lagi rangsangan ekonomi.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama EUR/USD dilihat bergerak mendatar pada minggu lalu dengan pergerakan lebih perlahan pada penghujung minggu.

Pada Jumaat lalu, harga cuba membuat lonjakan yang lemah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, namun harga kembali turun semula.

Menyambung dagangan pada awal minggu ini harga masih bergerak perlahan dan mendatar di zon SBR (support become resistance) 1.08200 sebelum harga menunjukkan tanda-tanda penurunan pada awal sesi Eropah.

Jika harga terus membuat penurunan, harga akan menguji paras support minggu lalu sekitar 1.07800 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah menuju zon support sekitar 1.07300.

Namun jika harga membuat kenaikan, destinasi tumpuan adalah dilihat pada paras 1.09000 pada zon SBR melepasi paras ketinggian minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju zon resistance pada ketinggian 1.10000 yang telah diuji pada awal dagangan Mei.

Pergerakan harga juga akan didorong oleh perubahan sentimen pasaran yang mempengaruhi dagangan US dolar dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat