Adakah Ini Petanda EUR/USD Bakal Sambung Penurunan Minggu Lalu?

719

US dolar telah pamerkan pergerakan lemah sejak awal minggu ini bermula dan menyambung penyusutan selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell memberi isyarat untuk mengekalkan dasar monetari yang longgar.

Sehingga sesi Eropah semalam, US dolar kekal bergerak lemah. Namun, menuju penghujung sesi New York US dolar dilihat kembali mengukuh semula.

Hal ini adalah susulan perbincangan untuk pengetatan polisi kembali semula apabila 2 pegawai Fed berpandangan kadar inflasi yan tinggi di Amerika Syarikat (AS) mungkin akan berterusan untuk tempoh lebih panjang dan menjangkakan kadar faedah perlu dinaikkan pada penghujung tahun 2022.

Selain itu, US dolar turut disokong oleh terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan AS pada sesi New York dengan bacaan yang baik walaupun terdapat sikit penurunan pada sektor perkhidmatan.

Justeru dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pamerkan penyusutan harga semula selepas kenaikan pada sesi Eropah mencapai hampir ke paras 1.19700 sebelum membuat penurunan.

Kenaikan pada sesi Eropah turut disokong oleh data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah yang diterbitkan dengan bacaan yang positif menyokong pergerakan mata wang Euro. Namun, momentum kenaikan harga gagal dikekalkan.

Penurunan harga kembali semula ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang masih memberikan isyarat harga untuk membuat kenaikan dengan harga bergerak perlahan bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini.

Jika corak kenaikan harga masih berjaya dikekalkan, harga bakal melepasi paras ketinggian semalam sebelum menguji paras rintangan pada 1.2000.

Paras tersebut perlu dilepasi harga untuk meneruskan kenaikan pada trend bullish menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.20600-1.20900.

Namun jika pengukuhan US dolar berjaya diteruskan, harga bakal membuat penurunan di bawah MA50 sebelum meneruskan penurunan ke bawah paras 1.19000 untuk isyarat trend bearish.

Seterusnya paras support mingguan pada 1.18500 akan diuji pula sebelum penurunan lebih lanjut dilihat akan ke zon support tumpuan pada 1.18000.

Tumpuan untuk US dolar hari ini akan terarah pula kepada terbitan data pertumbuhan GDP AS untuk bacaan akhir bagi suku pertama 2021.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat