Adakah Peningkatan Harga Minyak Mentah Ini Bersifat Sementara?

43

Harga minyak mentah kembali meningkat setelah mencatat penurunan mendadak dalam tempoh semalaman.

WTI mentah bagi penghantaran bulan September juga meningkat 0.31% kepada $ 42.02 setong.

Semalaman, crude futures jatuh mendadak kerana stok minyak mentah dicatatkan lebih tinggi dari jangkaan pada minggu ini.

Di ICE, Brent mentah bagi penghantaran bulan Oktober goyah antara $43.77 dan $45.33 setong.

Selain itu, crude futures menjunam kira-kira 9% minggu lepas, kira-kira 20% sejak mencapai paras tertinggi dalam jangka masa 10 bulan pada awal bulan Jun.

Pada pagi Rabu, Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) dalam Laporan Status Mingguan Petroleum melaporkan bahawa simpanan minyak mentah komersil Amerika Syarikat meningkat 1.7 juta tong daripada minggu sebelumnya. Inventori minyak mentah AS mencapai paras tertinggi apabila mencecah angka 521.1 juta pada minggu itu. Penganalisis meramalkan pengeluaran sebanyak 2.257 juta pada sepanjang minggu ini.

Sementara itu, EIA melaporkan peningkatan sebanyak 452,000 tong dalam inventori petrol. Bahan api sulingan pula jatuh sebanyak 780,000 tong seminggu. Penganalisis menjangkakan keuntungan untuk stok petrol dan bahan api sulingan. Permintaan terhadap produk tapisan juga meningkat mendadak berbanding petrol semasa musim panas.

Selain itu juga, pengeluaran minyak mentah AS meningkat untuk 3 minggu berturut-turut. Pelantar minyak diseluruh AS juga kembali aktif sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Justeru, peningkatan tahap pengeluaran ini bakal mengheret turun harga minyak pada masa akan datang.

Crude futures kekal tidak berubah selepas Fed mengumumkan tiada perubahan terhadap kadar faedah pada hari Rabu dalam mesyuarat ke-5 berturut-turut. Disamping itu, sebarang kenaikan kadar oleh Fed pada tahun ini dianggap sebagai kenaikan kadar buat US Dollar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat