Adakah Sentimen Lebihan Bekalan Minyak US Akan Terus Menguasai Pasaran Minyak?

61

Harga minyak jatuh sedikit di sesi Asia hari Khamis, dihimpit antara kebimbangan bekalan minyak US yang lebih daripada jangkaan serta laporan positif pada perkilangan minyak di China.

Di New York Mercantile Exchange, pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) susut 0.16% kepada $49.22 setong setakat jam 1.20 petang. Manakala minyak brent di London Intercontinental Exchange pula jatuh 0.25% kepada $55.02.

China melaporkan bacaan aset pelaburan tetap pada bulan Ogos, naik 7.8%, namun masih di bawah jangkaan kenaikkan 8.2%. Pengeluran industri bagi tahun ke tahun (y/y) juga sedikit rendah daripada jangkaan 6.6% kepada 6.0%. Dan data jualan runcit (y/y) berada pada bacaan 10.1%, di bawah paras yang dijangkakan sebanyak 10.5%.

Walau bagaimanapun, proses kilang penapisan minyak di China menunjukkan peningkatan pada bulan Ogos sebanyak 6.5% berbanding tahun lalu di paras 47.12 juta ton metrik diikuti kejatuhan pengeluaran minyak mentah domestik sebanyak 3.1% kepada 15.96 juta tong metrik, memberi gambaran penting terhadap peranan minyak mentah import.

Semalam, harga minyak tutup di paras tinggi hari Rabu, dengan laporan anggaran permintaan minyak global oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menjangkakan permintaan yang terus meningkat tinggi tahun ini, mengurangkan kebimbangan terhadap bekalan minyak US yang lebih daripada jangkaan menerusi laporan Energy Information Administration (EIA) semalam.

Harga minyak merekodkan kenaikan tertinggi minggu ini selepas data OPEC dan IEA pada hari Selasa dan Rabu dengan kedua-duanya menunjukkan peningkatan pada permintaan minyak dunia.

Berdasarkan kajian semula IEA pada permintaan minyak tahun 2017, mereka menjangkaan kenaikan 100,000 tong sehari (barrel per day – bpd) kepada 1.6 juta bpd atau 1.7%. Pandangan yang bullish pada permintan minyak, mengimbangkan semula demand dan supply dalam pasaran minyak pada bulan depan.

Daripada Laporan bulanan minyak pada hari Selasa lalu, OPEC mengatakan pengeluaran mereka bagi bulan Ogos jatuh 79,000 tong sehari kepada 32.76 juta tong berikutan pengeluaran yang menyusut di Venezuela, Iraq, UAE dan Saudi Arabia mengimbangi lebihan pengeluaran di Nigeria.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat