Adakah USD/CAD akan meneruskan penurunan?

54

US Dollar bergerak pada paras harga lebih rendah berbanding Canadian Dollar pada Hari Rabu semalam.

Ia disebabkan oleh Bank of Canada (BOC) menetapkan tiada perubahan pada kadar faedah, walaupun nampak penurunan harga minyak dunia bakal menyekat kenaikan matawang Canada itu.

USD/CAD menurun pada paras 1.2955, pada permulaan sesi trading New York semalam. Ia turun pada kadar 0.59%.

Ia dilihat cuba mencapai support terendah 7 July iaitu 1.2872.

Kesimpulan daripada mesyuarat BoC semalam, BoC mengekalkan kadar tidak berubah pada kadar 0.50%.

Harga Minyak turun lebih rendah pada semalam setelah keluarnya data Crude Inventories yang menunjukkan inventori minyak US Crude meningkat. Penurunan ini bakal memberikan gambaran suram terhadap matawang Canada yang mana kita tahu berkait rapat dengan harga Minyak.

Harga Minyak turun akan menyebabkan Canadian Dollar turut terkesan dan mengalami penurunan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat