AirAsia Peruntuk Masa Untuk Mencari Penempatan Peribadi

327

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Group Bhd memohon perpanjangan dari Bursa Malaysia bagi memberi masa kepada pihak syarikat untuk menyelesaikan penempatan peribadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, AirAsia telah mengemukakan permohonan kepada Bursa pada Isnin untuk memanjangkan waktu dari 2 Ogos sehingga 31 Disember dalam proses menguruskan penempatan swasta.

Sewaktu rehat tengah hari, saham AirAsia tidak berubah pada 82.5 sen dengan nilai kumpulan pada RM3.22 bilion.

Pada Januari, kumpulan itu bercadang untuk menerbitkan sebanyak 668.39 juta saham baru atau 20% daripada modal sahamnya untuk penempatan swasta sehingga RM454.51 juta.

Aspek tersebut merupakan tindak balas kepada situasi yang tidak dijangka dan di luar kawalan yang terutamanya disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19 yang telah mencetuskan cabaran besar kepada industri penerbangan.

Menerusi permodalan baharu yang diterima, AirAsia meperuntukkan sebanyak RM146.63 juta untuk menyelesaikan lindung nilai bahan bakar dan RM135.57 juta untuk keperluan modal kerja.

Selain itu, RM95.19 juta akan diperuntukkan untuk pembayaran sewa dan penyelenggaraan pesawat serta sebanyak RM76.96 juta digunakan untuk perniagaan digital airasia.com dan Bigpay.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat