Aliran KLCI Kembali Rendah Selepas Dibuka Tinggi

125

Sesi dagangan di bursa tempatan pagi ini menyaksikan penurunan dalam indeks KLCI selepas dibuka tinggi pada awal dagangan berikutan sentimen pelabur yang berjaga-jaga untuk memasuki pasaran dan pertikaian perdagangan yang masih berlanjutan.

Pada 9.35 pagi, indeks susut 2.99 mata kepada 1,597.54 selepas dibuka tinggi 0.87 mata kepada 1,601.4 daripada 1,600.53 ketika ditutup Isnin dengan jumlah dagangan 265.838 juta unit bernilai RM131.087 juta.

Prestasi bursa tempatan tidak sejajar dengan pasaran serantau disebabkan sentimen berjaga-jaga dalam pasaran di samping berlaku penjualan beberapa saham berkaitan Petronas dan perbankan pada sesi dagangan pagi ini.

Di pasaran tempatan, Petronas Gas Bhd mendahului dengan catatan kerugian 62 sen kepada RM15.08 dan diikuti oleh Petronas Dagangan susut 26 sen kepada RM22.04. Seterusnya, Public Bank turun 18 sen kepada RM20.62 manakala Hong Leong Bank rugi 14 sen kepada RM16.84.

Bagi saham yang meraih keuntungan pula Nestle dengan peningkatan RM1.20 kepada RM149.50 diikuti British American Tobacco (BAT) pulih selepas mengalami kerugian teruk semalam, meningkat 22 sen kepada RM20.74 mankala F&N naik 14 sen kepada RM35.80.

Saham Asia menunjukkan pemulihan selari dengan situasi pasaran global susulan terdapat kemungkinan Amerika Syarikat (AS) akan meneruskan kembali rundingan perdagangan dengan China.

Berikutan daripada keadaan ini, Nikkei Jepun naik 1.27%, Hang Seng Hong Kong raih 0.14% manakala Indeks Komposit Shanghai meningkat 1.11% serta Kospi Korea Selatan naik 0.94%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat