Sentimen Pasaran Kembali Pulih Susulan Komen Optimis Trump Terhadap Rundingan Dagang

279

Sesi pasaran pada Selasa menunjukkan dagangan dolar Amerika Syarikat (AS) kembali mengukuh semula daripada kejatuhan sejak penghujung minggu lalu ekoran tambahan tarif yang diumumkan oleh kedua-dua negara Amerika dan China.

Namun, terdapat tanda-tanda keredaan apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan semula rundingan membuat kebimbangan para pelabur kembali menurun.

Berucap pada persidangan G7 di Perancis, Presiden AS Donald Trump telah memberitahu bahawa China telah menghubungi wakil dagangan AS untuk menawarkan rundingan semula.

Komen beliau tersebut adalah susulan Timbalan Presiden China, Lie He sebagai ketua perunding bersama Washington telah menyatakan bahawa Beijing bersedia untuk menyelesaikan pertelingkahan dagangan dengan rundingan yang lebih aman.

Dagangan safe-haven Yen dan Swiss franc juga turut kembali menunjukkan penurunan setelah lonjakan harga pada penghujung minggu lalu.

Dagangan dolar Australia pula kembali mencatatkan peningkatan dari paras terendah tiga minggu berbanding USD ekoran sentimen pasaran kembali bertukar positif selepas komen Trump yang optimis untuk mencapai kesepakatan rundingan bersama China.

Namun begitu, pelabur kekal berwaspada apabila penganalisis pasaran meletakkan kebimbangan terhadap rancangan kenaikan tarif yang berkemungkinan akan menambah kerosakan terhadap kedua-dua ekonomi China dan AS serta rantaian bekalan global.

Perkembangan di Eropah, matawang dolar Euro didagangkan lemah sejak semalam ekoran data tinjauan perniagaan di Jerman yang mencatatkan kejatuhan pada angka bacaan.

Sementara, Pound Sterling juga turut kekal berisiko apabila pelabur melihat rundingan Brexit masih lagi sukar untuk mencapai kata sepakat. Perdana Menteri UK Boris Johnson menegaskan kawalan sempadan harus dihapuskan dan Kesatuan Eropah perlu memikirkan jalan penyelesaian atau bersedia untuk situasi Brexit tanpa perjanjian.

Untuk bacaan data ekonomi, data pesanan barangan tahan lama AS mencatatkan peningkatan untuk bulan Julai mengatasi jangkaan penurunan oleh pasaran. Kenaikan tersebut merupakan yang tertinggi sejak Ogos tahun lalu. Namun, bacaan teras pula mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding bacaan sebelum ini dan juga jangkaan penurunan pasaran.

Pada hari ini pula, data keyakinan penggunan AS akan dipantau pelabur dengan bacaan akan diterbitkan pada jam 10.00 malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat