Amaran Google! Android Tak Boleh ‘Hidup’ Di India

233

Pertumbuhan ekosistem Android Google boleh terbantut di India disebabkan oleh perintah antimonopoli yang dikenakan oleh Suruhanjaya Persaingan India (CCI).

Pada Oktober, CCI telah mendenda Google $161 juta kerana mengeksploitasi kuasa dominannya dalam Android, yang menguasai 97% telefon di India.

Suruhanjaya itu menggesa Google untuk tidak menyekat pengguna Andoid di India menyahpasang (uninstall) aplikasi yang telah diprapasang (pre-installed).

Ia juga memaksa semua pemaju aplikasi untuk hanya menggunakan sistem pembayaran yang telah mereka sediakan.

Syarikat milik Alphabet Inc itu berkata keputusan CCI akan menyebabkannya terpaksa menukar model perniagaannya yang telah lama wujud.

Ekoran itu, ia perlu mengubah suai kontrak sedia ada dengan memperkenalkan perjanjian lesen baharu dan mengubah pengaturan sedia ada dengan lebih 1,100 pengeluar peranti dan beribu-ribu pembangun aplikasi.

Impaknya, kemajuan dalam pertumbuhan ekosistem pengeluar peranti, pembangun aplikasi dan pengguna boleh terhenti kerana pembaikan tersebut, menurut pemfailannya kepada Mahkamah Agung India.

Keputusan India lebih menggusarkan Google daripada peraturan Suruhanjaya Eropah pada 2018 yang mengenakan sekatan menyalahi undang-undang ke atas pembuat peranti mudah alih Android.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat