Analisa Teknikal Mingguan 27 Februari – 3 Mac 2017

76

EURUSD – Analisa Mingguan 27 Feb – 3 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, minggu lalu pergerakan EUR/USD masih dikuasai mood bearish disebabkan ianya masih tidak breakout Key Resistance mingguan yang berada di sekitar harga 1.0800.

Jadi minggu ini, Team Analisa Moshed berpendapat momentum wave mulai membentuk ke arah bearish(LH,LL,LH,LL) dan harga EUR/USD kini berpotensi untuk terus bearish sekiranya ia berjaya untuk breakout Key Support mingguan iaitu 1.0520/00.

Dan target bearish sekiranya ia breakout Key Support adalah ke sekitar harga 1.0455 atau ke harga yang lebih rendah lagi iaitu 1.0380 bagi membentuk new LL. Jadi, harga yang perlu diperhatikan dan berpotensi untuk EUR/USD mulai bearish adalah di sekitar harga 1.0630-1.0680.

Kesimpulannya, secara teknikal mood bearish masih dikuasai EUR/USD ketika ini selagi ia tidak breakout resistance terhampir iaitu 1.0680. Walaubagaimanapu, jika breakout ia akan menguji resistance terhampir sebelum ia bearish.

GBPUSD – Analisa Mingguan 27 Feb – 3 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pergerakan GBP/USD agak volatile dengan harga berlegar di antara sekitar Key Support dan Key Resistance pada minggu lalu.

Pada minggu ini, Team Analisa Moshed berpendapat GBP/USD masih berpotensi untuk bullish selagi ianya tidak breakout Key Support yang berada pada harga sekitar 1.2350. Jadi, Key Support ini perlu diperhatikan sepenuhnya samaada berlakunya reversal pattern atau tidak di sekitar harganya.

Tetapi sekiranya ia breakout Key Support 1.2350, bearish terhampir yang berpotensi dicapai adakah ke sekitar 1.2250 dan manakala jika breakout Key Resistance minggu ini, harga berpotensi mencapai ke harga yang lebih tinggi iaitu ke sekitar harga 1.2660 atau ke 1.2730. Kesimpulannya, selagi harga GBP/USD tidak breakout Key Support, kebarangkalian adalah tinggi untuk GBP/USD bullish ketika ini.

AUDUSD – Analisa Mingguan 27 Feb – 3 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, pergerakan harga AUD/USD pada minggu lepas menunjukkan ia masih sukar untuk breakout Key Resistance 0.7730. Secara teknikal, AUD/USD masih dalam momentum wave bullish(HL,HH,HL,HH) dan berpotensi tinggi untuk terus bullish ketika ini. Jadi, peluang untuk ‘long’ yang perlu diperhatikan adalah sekitar harga support terhampir iaitu sekitar harga 0.7600 atau 0.7530.

Sekiranya AUD/USD berjaya untuk breakout Key Resistance pada minggu ini, target yang berpotensi untuk dicapai adalah ke harga 0.7780 atau ke 0.7830 bagi membentuk new HH. Kesimpulannya, mood bullish masih dikuasai AUD/USD buat ketika ini.

USDJPY – Analisa Mingguan 27 Feb – 3 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan, pergerakan harga bagi USD/JPY bearish pada minggu lepas kerana harga masih gagal untuk melepasi Key Resistance 115.30 dan terbentuknya reversal candlestick ‘Shooting Star’ bearish. Direkodkan lebih kurang 160 pips penurunan minggu lalu dan kini harga mulai menghampiri Key Support mingguan.

Jadi, Key Support mingguan masih dikekalkan pada harga yang sama. Pada minggu ini sekiranya USD/JPY berjaya breakout Key Support 111.64 ini. Target bearish terhampir yang boleh dicapai adalah sekitar harga 110.64/50 ataupun ke harga yang lebih rendah 109.10 bagi membentuk new LL.

Kesimpulannya, mood bearish masih dikuasai USD/JPY ketika ini selagi ia tidak breakout Key Resistance mingguan dan Key Support mingguan perlu diperhatikan sepenuhnya.

GBPJPY – Analisa Mingguan 27 Feb – 3 Mac 2017 – Rujukan Chart TF Daily



Secara teknikal, momentum wave masih dikuasai mood bearish(LH,LL,LH,LL) ketika ini dan kebarangkalian adalah tinggi untuk ia terus bearish pada minggu ini selagi ia tidak breakout Key Resistance 142.00.

Jadi, sekiranya breakout Key Support minggu ini, target terhampir yang boleh dicapai adalah ke sekitar support 137.50/20 ataupun ke harga yang lebih rendah bagi membentuk new LL. Oleh itu, Key Support minggu ini perlu diperhatikan samaada harga berjaya untuk breakout ataupun tidak.

Walaubagaimanapun, sekiranya GBP/JPY tidak breakout Key Support mingguan ini pada awal minggu ini. Ia berpotensi untuk melakukan retracement kenaikan terlebih dahulu ke resistance terhampir sebelum ia bearish untuk breakout Key Support mingguan ini. Jadi kesimpulannya, peluang untuk memasuki pasaran boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil seperti di TF H1 yang disediakan di Zon Trader.

Nota : Team Analisa Moshed ada menyediakan analisa seperti ini hampir setiap hari bagi TimeFrame H1. Anda berminat untuk dapatkannya? Jadi Ahli Traders Zone dengan – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat