Analisis GOLD – Apa Jangkaan Pergerakan Emas Minggu Ini?

2,248

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat mengekalkan siri penurunan sehingga penghujung minggu lalu.

Setelah jatuh di bawah paras 1700.00, harga bergerak mendatar di sekitar zon penting tersebut dan belum meneruskan penurunan lebih rendah.

Penganalisis sebelum ini menjangkakan zon 1700.00-1680.00 sebagai zon sokongan untuk harga melonjak semula. Namun, jika harga terus jatuh lebih rendah melepasi zon tersebut, pelabur akan semakin gelisah terhadap kemungkinan nilai emas akan susut lebih rendah.

Pada pembukaan pasaran awal minggu ini di sesi Asia, harga dilihat dibuka di atas paras 1700.00 dan bergerak melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Namun harga membuat penurunan semula ke paras sekitar 1700.00 pada dagangan yang bersambung ke sesi pasaran Eropah.

Pengukuhan US dolar dilihat akan terus memberi tekanan terhadap nilai emas. Namun, penganalisis turut menjangkakan permintaan terhadap emas boleh meningkat selepas Senat AS meluluskan pakej rangsangan $1.9 trilion.

Sekiranya harga jatuh lebih rendah dari zon harga 1700.00-1680.00, harga emas akan mencatatkan paras terendah terbaru sejak April 2020 berkemungkinan ke paras sekitar 1660.00.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak, harga perlu melepasi paras rintangan 1720.00 untuk meyakinkan pelabur bagi trend kenaikan selanjutnya.

Kenaikan lebih tinggi bakal kembali semula ke zon SBR (support become resistance) 1765.00 sebelum kenaikan seterusnya ke paras tumpuan 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat