Pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD menyaksikan lonjakan semula untuk terus menyambung corak kenaikan yang dipamerkan di penghujung sesi dagangan Khamis lalu.
Bertitik tolak juga bahawa lonjakan tersebut telah menghasilkan peningkatan melebihi 250 pips untuk kembali mencapai zon SBR (support become resistance) 1780.00 yang menjadi sokongan sebelum ini.
Tetapi pergerakan harga emas tampaknya bergerak mendatar dan perlahan pada sesi New York serta sesi Eropah hari ini (Isnin) dan kekal didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50).
Kejatuhan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang mencecah ke paras terendah 10 minggu antara sebab yang menyokong lonjakan emas di kala bacaan lemah pada laporan data NFP AS.
Walau bagaimanapun, laporan data NFP AS yang kecewa tersebut dan bercampur-campur sama sekali tidak dapat mengubah jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) untuk melaksanakan tapering lebih awal.
Ini membuktikan bahawa pelabur terus berkeyakinan untuk Fed melakukan peningkatan kadar faedah yang dalam masa yang sama serba sedikit telah membantaskan harga emas daripada terus meningkat.
Yakni zon SBR berikutnya pada 1800.00 sudah semestinya akan kekal sebagai zon tumpuan untuk diuji jika harga kembali membuat kenaikan yang mana zon itu dijadikan rintangan terdekat pada ketika ini.
Isyarat yang lebih jelas akan memperlihatkan pergerakan harga emas berupaya untuk mendaki ke zon SBR 1830.00 dan secara tidak langsung pelabur bakal melihat perubahan trend bullish berlaku semula.
Namun sebaliknya zon sokongan 1760.00 akan kekal menjadi fokus sekiranya harga emas meneruskan trend bearish yang sama sekali penurunan lebih rendah berkemungkinan akan mencecah zon 1740.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG