Analisis GOLD – Emas Berundur Semula Gagal Capai Paras $1,800

602

Dagangan komoditi emas berundur daripada pengukuhan disebabkan oleh data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada penghujung minggu lalu telah mendorong pengukuhan terhadap mata wang US dolar.

Di AS, pertambahan pekerjaan pada bulan Julai meningkat kepada 528,000 mengatasi jangkaan pasaran dan merupakan kenaikan tertinggi sejak Februari.

Sementara itu kadar pengganguran AS juga susut kepada 3.5% berbanding jangkaan untuk kekal di paras 3.6% sementara purata pendapatan per jam di AS juga turut catatkan peningkatan.

Oleh itu, pelabur kembali meletakkan jangkaan semula untuk Federal Reserve (Fed) bakal meneruskan kenaikan kadar faedah secara agresif seperti sebelum ini dengan kenaikan 75 mata asas buat kali ketiga berturut-turut untuk mesyuarat terbaru.

Selain itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga berjaya meningkat sehingga ke paras 2.870% selepas terbitan data pekerjaan AS yang mengukuh serta indeks dolar juga dilihat meningkat sehingga ke penutup sesi dagangan New York Jumaat lalu.

Jangkaan untuk pengukuhan US dolar selepas ini akan mendorong tekanan yang bakal bertambah semula terhadap pergerakan emas dalam pasaran.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar,  harga telah menunjukkan penurunan semula pada dagangan Jumaat lepas ekoran impak data NFP, mengakhiri corak kenaikan harga yang dipaparkan sebelum ini.

Harga sebelumnya telah menunjukkan kenaikan menuju ke paras tumpuan 1800.00, namun setelah menyentuh paras sekitar 1794.00, harga telah menjunam semula dengan tekanan pengukuhan US dolar pada dagangan sesi terakhir minggu lalu.

Penurunan harga dilihat telah mencecah paras sekitar 1764.00 dan telah menembusi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat bearish semula untuk pergerakan emas selanjutnya.

Pergerakan harga yang bersambung pada pembukaan pasaran awal minggu ini kekal mendatar di bawah halangan MA50 dan dijangka akan lebih rancak pada dagangan sesi New York sebentar lagi.

Sekiranya penyusutan harga diteruskan, harga bakal menguji zon support pada 1760.00 setelah zon tersebut berjaya membendung kejatuhan lebih rendah harga pada minggu lalu.

Namun jika harga meneruskan penurunan melepasi zon tersebut, kejatuhan yang lebih rendah bagi logam kuning di jangkakan bakal menurun sehingga ke zon RBS (resistance become support) 1740.00 sebelum jangkaan seterusnya untuk mencecah paras 1720.00 yang menjadi tumpuan.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak pada dagangan awal minggu ini, beberapa zon penting akan diawasi pelabur yang bakal diuji harga seperti zon 1785.00 dan seterusnya pada zon rintangan penting 1800.00

Selepas isyarat perubahan trend bullish yang lebih jelas, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu dengan mensasarkan pula pada ketinggian 1815.00 dan 1830.00 untuk kenaikan yang diteruskan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat