Dagangan emas terus menanggung kerugian pada penghujung minggu apabila susut di bawah paras $1,800 sejak Khamis semalam.
Sebelum ini, pada dagangan Isnin dan Selasa lalu, penurunan harga telah cecah paras $1,800 namun berjaya membuat kenaikan semula.
Namun selepas kenaikan capai $1,830 semula, harga emas kembali susut sehingga bawah $1,800 dan catat paras terendah mingguan sekitar $1,787 pada penghujung sesi New York sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini.
Pelabur masih berhati-hati terhadap pergerakan US dolar yang mempengaruhi nilai emas, menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang bakal jadi tumpuan pada sesi New York malam ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga yang susut ke paras 1787.00 mula mendatar menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Corak harga yang dipaparkan lebih cenderung menunjukkan harga bakal meneruskan pergerakan menurun selepas harga susut lebih rendah di bawah paras 1800.00 dan bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Penurunan lebih rendah daripada zon RBS 1787.00 bakal menuju zon support tumpuan pada sekitar 1760.00.
Namun penurunan tersebut memerlukan pengukuhan oleh US dolar dengan terbitan laporan data pekerjaan NFP AS.
Sebaliknya jika bacaan data mengecewakan dan melemahkan US dolar, harga berkemungkinan boleh membuat kenaikan semula di atas paras 1800.00 sebelum beri isyarat trend bullish.
Paras ketinggian 1830.00 akan kembali diuji sebelum melepasi rintangan tersebut untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG