Analisis GOLD – Emas Susut Selepas Pecah Rekod Tertinggi $2,430

1,153

Rekod harga paling tinggi yang terbaru berjaya dicatatkan lagi oleh emas pada dagangan Jumaat lalu mencapai hingga sekitar $2,430.

Untuk beberapa minggu kebelakangan ini, corak kenaikan harga emas kekal berterusan untuk terus memburu rekod ketinggian terbaru.

Situasi perang Iran-Israel yang semakin tegang pada hujung minggu dilihat akan menjadi faktor tambahan menyokong tarikan terhadap aset emas yang lebih selamat.

Namun, membuatkan pelabur mula berjaga-jaga apabila kejatuhan semula harga emas dari paras tertinggi yang dicapai pada dagangan sesi terakhir minggu lalu.

Jangkaan untuk mata wang US dolar mengukuh selepas peningkatan angka inflasi yang diterbitkan minggu lalu boleh merisikokan kejatuhan harga emas minggu ini.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga emas memuncak hingga ke paras 2430.00 penghujung minggu lalu, namun harga kembali menjunam ke paras 2334.00.

Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga mendatar di sekitar 2360.00 dan berlegar di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu, memberi amaran awal untuk pergerakan menurun berlaku.

Jika penurunan harga dipaparkan pada minggu ini, jangkaan adalah paras 2300.00 untuk diuji sebagai zon RBS (resistance become support) buat harga.

Untuk penurunan lanjut jika diteruskan, zon tumpuan sekitar 2366.00 pula dijangka akan mengundang reaksi menarik harga di sekitar itu.

Sementara, jika lonjakan harga masih belum berakhir, paras ketinggian yang dicapai minggu lalu berkemungkinan akan cuba untuk dicabar.

Kenaikan lebih tinggi adalah tidak mustahil selepas corak bullish emas berterusan untuk beberapa minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat