Analisis GOLD – Harga Melonjak! Emas Beri Isyarat ‘Bullish’ Menuju $2,000 Semula

1,957

Dagangan emas pada minggu ini dengan lonjakan ketara harga telah dipamerkan pada sesi New York semalam selepas US dolar ketara melemah dengan reaksi data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Indeks harga pengguna (CPI) AS paparkan bacaan tahunan pada 3.2% untuk bulan Oktober, menurun dari paras 3.7% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Pergerakan harga emas diperhatikan menerusi carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Memulakan dagangan di awal minggu, harga dihenjut turun menyentuh paras 1920.00 sebelum berlegar perlahan di zon 1950.00.

Harga yang mula bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut telah memberi isyarat awal untuk perubahan trend sebelum pasaran kemudiannya memasuki ke sesi New York semalam.

Setelah data CPI diterbitkan, harga terus melonjak laju menembusi paras 1950.00 sehingga mencapai ketinggian sekitar 1970.00.

Harga berundur turun semula untuk menutup dagangan sesi New York di sekitar paras 1962.00.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Rabu), namun corak kenaikan harga diperlihatkan hingga harga kembali menguji semula ketinggian yang dicapai semalam.

Jangkaan untuk pergerakan harga yang dilanjut lebih tinggi, harga akan menguji pula zon 1980.00 sebelum sasaran akan kembali terarah pada zon kritikal 2000.00.

Jika diperhatikan sebelum ini, harga telah menguji zon rintangan tersebut pada penutup Oktober dan di awal November, namun gagal untuk tembus lebih tinggi.

Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan semula harga emas, zon 1950.00 dilihat akan memberi reaksi menarik sebelum petunjuk arah pergerakan selanjutnya akan dikenal pasti.

Jika harga tembus ke bawah dan turut melepasi semula garisan sokongan MA50, ini akan menjadi isyarat bearish dan harga berkemungkinan akan meneruskan semula corak penurunan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat