Analisis GOLD – Harga Mula Perlahan Di Atas Paras $1,800 Nantikan Isyarat Lebih Jelas

1,300

Lonjakan harga emas pada sesi Eropah semalam gagal bertahan lebih lama apabila pelabur terpaksa akur melihatkan kejatuhan semula emas pada awal dagangan sesi New York.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam melihatkan kenaikan harga sehingga mencapai paras ketinggian 1818.00 untuk rekod tertinggi 3 minggu.

Namun harga menjunam semula sehingga ke bawah paras 1800.00 semula melenyapkan senyuman di wajah para pelabur emas.

Sentimen pasaran berisiko minggu ini mendorong tarikan pemain pasaran ke arah aset lebih selamat dengan komoditi serta mata wang safe-haven mula menunjukkan peningkatan di penghujung minggu.

Emas di antara yang menjadi tumpuan dijangka untuk meningkat lebih tinggi selepas kenaikan sebelum ini berjaya melepasi paras harga 1800.00.

Namun harga masih berlegar di sekitar zon tersebut bersambung pada dagangan Jumaat sementara pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas untuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan semula, zon harga 1820.00 dilihat masih menjadi zon tumpuan terhampir yang akan diuji terlebih dahulu sebelum trend bullish lebih jelas akan mendorong kenaikan harga emas menuju zon SBR (support become resistance) pada 1850.00.

Sebaliknya, jika pelabur memperoleh petunjuk untuk kejatuhan harga lebih rendah semula, paras 1765.00 akan kembali menjadi tumpuan selepas kenaikan harga di atas paras tersebut minggu lalu.

Zon support lebih rendah dilihat pada 1745.00 sekiranya penurunan harga masih diteruskan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat