District0x (DNT) Tampil Cemerlang Dengan Jangkaan Lonjakan Tinggi?

209

District0x berperanan sebagai sebuah komuniti dan rangkaian pasaran yang tidak berpusat, membolehkan pengguna melancarkan platform mereka sendiri yang ditadbir oleh struktur organisasi autonomi (DAO) yang tidak berpusat.

Ditubuhkan pada Februari 2017 oleh Joe Urgo dan Matus Lestan.

Setiap platform ini diistilahkan sebagai “daerah” (district) dan boleh dilancarkan secara percuma. Ekosistem ini dikuasakan oleh rangka kerja d0xINFRA.

Menariknya, platform ini menggunakan gabungan tiga teknologi utama iaitu Ethereum, Aragon dan Protokol Pemindahan Fail InterPlanetary (IPFS).

District0x menyediakan pelbagai kontrak pintar dan perpustakaan front-end yang boleh digunakan oleh pemaju untuk melancarkan daerah mereka sendiri dengan mudah, sambil menyediakan platform mudah untuk tadbir urus komuniti.

Melihat kepada carta pergerakan semasa harga DNT/USDT.

Pada bull season lepas, DNT tampil mencetuskan rekod pasaran 2021 yang cemerlang dengan menghasilkan lonjakan lebih 1,000% mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $0.49 pada 19 April yang lalu.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar diatas zon RBS (resistance become support) sekitar $0.120 untuk berusaha kembali memperoleh momentum kenaikan.

Para penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga DNT berjaya memperoleh momentum tersebut, ia bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $0.126 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika harga DNT gagal memperoleh momentum tersebut dan menyaksikan trend penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $0.120 sebelum membuat penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Paras tersebut bakal menjadi pemerhatian seterusnya oleh para penganalisa dan pelabur kripto.

Sewaktu penulisan, DNT didagangkan pada harga $0.121 susut lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-329 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto DNT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat