Analisis GOLD – Mampukah Emas Kekal Berada Di Atas Paras $1,800?

1,254

Pergerakan harga emas juga pastinya tidak akan terlepas dengan kesan terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu lalu ekoran dipengaruhi oleh mata wang US dolar.

Ketika laporan diterbitkan, harga emas dilihat susut berikutan pengukuhan awal US dolar. Namun, harga kembali stabil meningkat semula selepas US dolar mengakhiri dagangan sesi terakhir minggu tersebut dengan lemah semula.

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang dilihat berlegar di zon ketinggian 1800.00 menjunam seketika ke zon 1780.00 sebaik laporan NFP diterbitkan.

Namun, harga emas berjaya melantun semula dari zon RBS (resistance become support) tersebut untuk menutup dagangan penghujung sesi di paras 1800.00 semula.

Masih bergerak dalam trend bullish, penurunan harga juga dilihat gagal tembusi sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD sebelum melantun semula.

Pergerakan harga emas kekal menarik ketika menyambung pembukaan pasaran awal minggu ini apabila kenaikan diteruskan di sesi Asia pagi ini (Isnin) melepasi zon 1800.00.

Paras ketinggian terbaru emas dicapai sekitar 1810.00 untuk rekod tertinggi 5 bulan.

Namun, harga emas membuat penurunan semula di sesi Eropah hingga susut di bawah paras 1800.00 dan menguji paras sokongan MA50.

Jika harga melantun semula untuk meneruskan kenaikan di sesi New York, harga emas dijangkakan untuk melepasi paras yang dicapai sebentar tadi dan mencatatkan ketinggian terbaru lagi minggu ini.

Kenaikan lanjut harga dijangkakan untuk menuju ke ketinggian sekitar 1830.00 setelah kali terakhir harga emas didagangkan di paras tersebut pada Jun lalu.

Sebaliknya, jika penurunan diteruskan menembusi sokongan MA50, pelabur akan mula berhati-hati untuk kemungkinan berlaku kejatuhan lebih rendah buat emas.

Penurunan awal akan menguji zon RBS 1780.00 terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke zon tumpuan minggu sebelum ini pada 1760.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat