Analisis GOLD – Nampak Tenang, Adakalanya Mengganas!

1,726

Seperti gunung berapi yang sedang ‘tidur’, harga emas mengejutkan pelabur pada awal sesi New York semalam apabila memaparkan pergerakan harga yang agresif secara tiba-tiba.

Setelah pergerakan harga mendatar dan sedikit menurun sepanjang minggu, harga pada carta XAU/USD melonjak sekitar 250 pips ke paras ketinggian 1863.00 ketika tumpuan pasaran terarah pada terbitan data GDP AS untuk suku ke-4 tahun 2020.

Namun lonjakan harga tidak berterusan, sebaliknya harga menjunam semula dari paras lonjakannya sebelum pergerakan harga kembali mendatar dan harga ditutup di sekitar paras 1842.00.

Sentimen pasaran yang dinilai agak berisiko pada penghujung minggu membuatkan permintaan terhadap aset safe-haven meningkat tidak terkecuali emas.

Pada sesi Asia, harga bergerak mendatar sebelum kenaikan lebih ketara harga terlihat pada sesi Eropah menguji semula paras tumpuan 18500.00 namun buntu untuk menembusinya.

Jika penurunan harga berlaku semula, paras 1835.00 dilihat berfungsi sebagai paras sokongan mingguan yang menghalang harga daripada jatuh lebih rendah.

Namun jika penyusutan nilai emas berterusan, harga dilihat akan ke zon harga sekitar 1820.00 sebelum ke zon support 1800.00 semula.

Sebaliknya jika harga menemui kekuatan untuk melonjak melepasi rintangan 1850.00, paras ketinggian yang dicapai pada lonjakan semalam akan diuji.

Seterusnya kenaikan harga dilihat akan menuju semula ke paras 1875.00 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Paras tersebut diuji pada minggu sebelum ini namun gagal ditembusi sebelum harga pamerkan penurunan semula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat