Analisis GOLD – Pelabur Letak Harapan Untuk Emas Melonjak

1,116

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat perlahan di awal minggu berikutan pelabur berhati-hati terhadap dagangan logam kuning tersebut.

Dipacu oleh perubahan nilai US dolar, harga emas kekal bergerak di bawah paras 1745.00 dengan paras terendah mencecah sekitar 1727.00 pada sesi Eropah semalam.

Pengukuhan US dolar pada minggu lalu gagal dikekalkan pada pembukaan dagangan awal minggu ini yang melihatkan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) kembali susut semula.

Sentimen berisiko pasaran turut dilihat mempengaruhi perubahan nilai US dolar dan juga permintaan emas dalam pasaran.

Selepas tumpuan pada pemecatan gabenor bank pusat Turki oleh Presiden Erdogan, sekatan oleh beberapa negara barat ke atas pegawai China berhubung isu hak asasi manusia terhadap komuniti Muslim Uighur turut membuatkan pelabur berwaspada dalam pasaran.

Penganalisis masih melihat harga emas bergerak pada trend bullish namun momentum kenaikan harga pudar dan pelabur juga perlu berwaspada untuk berdepan situasi kejatuhan harga emas semula.

Jika berlaku penurunan harga, paras sokongan awal dilihat pada paras 1720.00 sebelum harga yang meneruskan penurunan akan kembali semula ke paras sokongan 1700.00.

Namun jika harga berjaya melonjak, paras ketinggian minggu lalu pada 1755.00 akan diuji sebelum harga ke zon SBR (support become resistance) 1765.00.

Reaksi harga pada zon SBR tersebut akan dinilai pelabur dan sekiranya harga berjaya menunjukkan isyarat untuk meneruskan kenaikan, paras harga 1800.00 dilihat akan menjadi sasaran utama.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat