Analisis GOLD – Pergerakan Bearish Emas Terus Bersambung Pada Awal Minggu Ini

2,605

Minggu lalu menyaksikan paparan corak pergerakan bearish buat dagangan emas selepas gagal mengekalkan prestasi cemerlang pada kenaikan minggu sebelumnya.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan tekanan bagi komoditi berharga tersebut selepas harga gagal mencapai paras sasaran 2000.00.

Sedikit sahaja lagi peningkatan akan menyaksikan harga menyentuh paras 2000.00, namun harga telah mula membuat penurunan sejak awal minggu lalu sehingga ke paras terendah dicatatkan pada penutupan mingguan sekitar 1927.00.

Ini telah mengundang kekecewaan para pelabur emas yang terpaksa akur menjangkakan penyusutan lebih parah untuk emas pada minggu ini.

US dolar dijangka akan terus memberi tekanan buat nilai emas semasa susulan komen positif Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk kenaikan kadar faedah yang lebih agresif pada mesyuarat bulan hadapan.

Pergerakan harga emas kekal bearish bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sejak minggu lalu lagi.

Bersambung di awal minggu ini, harga dilihat masih meneruskan penurunan ke paras sekitar 1915.00 memasuki dagangan sesi Eropah.

Penurunan lanjut harga dijangka akan menuju ke paras tumpuan 1900.00 selepas harga kekal berada di atas zon tersebut untuk 9 minggu.

Sekiranya kejatuhan harga emas berterusan dan melepasi zon tersebut, penurunan seterusnya dilihat akan menguji zon 1870.00.

Namun jika harga emas berjaya melonjak, rintangan awal buat harga dilihat pada zon 1950.00 sebelum kenaikan yang melepasi halangan MA50 akan memberi petunjuk positif untuk lonjakan semula emas.

Seterusnya, pelabur akan kembali meletakkan sasaran kenaikan harga ke paras ketinggian 2000.00 semula untuk menebus kekecewaan pada minggu lalu.

Lihat carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat