Analisis GOLD – Sekali Lagi Emas Gagal Turun Bawah Paras $1,800

849

Masih menyaksikan situasi sama berulang, dagangan emas kekal terselamat daripada jatuh lebih rendah di bawah paras harga $1,800 setelah menguji sekali lagi zon tersebut semalam.

Pelabur emas menarik nafas lega apabila harga membuat kenaikan semula di atas paras $1,800 namun belum cukup untuk memberi isyarat kukuh bagi trend bullish.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga kembali meningkat di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam disokong oleh faktor penyusutan US dolar selepas data tuntutan pengangguran AS diterbitkan meningkat semalam.

Namun, sentimen pasaran yang dinilai sedikit pulih berbanding pada awal minggu, juga turut mengurangkan daya tarikan emas sebagai aset safe-haven untuk para pelabur.

Sesi Asia pada Jumaat melihatkan harga sedikit susut hampir menyentuh paras 1800.00 semula namun kembali meningkat pada awal dagangan sesi Eropah selepas menguji paras sokongan MA50.

Kenaikan harga dijangkakan untuk menguji kembali paras ketinggian 1824.00 yang dicapai pada Selasa lalu sebelum kenaikan lebih tinggi menguji pula paras rintangan minggu lalu sekitar 1834.00.

Melepasi paras-paras rintangan tersebut akan mendorong kenaikan harga ke paras 1850.00 pada zon SBR (support become resistance) sebagai sasaran utama harga emas.

Namun jika harga kembali menjunam di bawah paras 1800.00, pelabur perlu bersiap sedia bagi kejatuhan harga emas semula sehingga mencecah paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1765.00 dan juga 1745.00.

Paras tumpuan lebih rendah akan terarah pada zon harga 1700.00 semula selepas harga melonjak dari paras tersebut sejak dagangan penghujung Mac yang lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat