Analisis Teknikal AUD/JPY – Timeframe H1 – 23/8/2018

465

Antara isu utama yang menghiasi drama pasaran pada hari ini adalah masalah pergolakan politik di Australia. Matawang AUD didagangkan paling lemah hari ini dan penurunan ketara dapat dilihat pada sesi pasaran Asia hari ini.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull berhadapan risiko politik selepas beberapa Menteri kabinet beliau meletakkan jawatan. Kemungkinan berlakunya perubahan dalam tampuk pimpinan di Australia menjadi faktor kebimbangan dalam pasaran.

Sementara itu, jangkaan pasaran dalam keadaan risk-off memberi kelebihan terhadap matawang JPY. Berikutan tarif 16 billion dollar oleh Amerika Syarikat terhadap barang China hari ni, dijangka permintaan terhadap JPY akan meningkat ekoran pasaran yang beralih ke arah matawang safe-haven.

Pada awal sesi Asia hari ini, harga bagi pasangan AUD/JPY dilihat mengalami kejatuhan yang ketara ekoran daripada isu ketidaktentuan politik di Australia. Harga telah turun lebih rendah daripada julat harga semalam iaitu di 81.366-80.908 sehingga ke paras terendah hari ini di sekitar 80.710 sebelum kembali ke paras julat harga semalam.

Harga semasa bergerak perlahan di bawah garisan Moving Average 100 (MA100) dan berada di sekitar zon harga 80.850 setakat jam 3 petang. Jika harga masih meneruskan penurunan, support terdekat berada di zon 80.500 dan jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, harga berkemungkinan turun ke paras support 79.700.

Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan dan berjaya menembusi resistance di paras 81.400, resistance yang bakal diuji adalah di paras 82.200. Ikuti perkembangan politik di Australia yang bakal memberi kesan terhadap pergerakan harga bagi AUD/JPY.

Paras support: 80.979, 80.714, 80.521.
Paras resistance: 81.437, 81.630, 81.895.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat