Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 14/12/2018

182

Dengan kedua-dua matawang dollar USD dan AUD didagangkan seimbang, harga pada chart pasangan matawang AUD/USD bergerak di antara paras resistance MagicR1 dan Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line untuk sesi dagangan Khamis semalam. Seperti sedia maklum, matawang Aussie begitu sensitif terhadap sebarang perubahan pada ekonomi rakan dagang terbesarnya iaitu China. Oleh itu, pergerakan harga pada chart AUD/USD pada sesi pasaran Eropah pagi ini sekali lagi memberi reaksi terhadap data jualan runcit di China untuk bulan November yang dikeluarkan pada jam 10 pagi tadi yang menunjukkan bacaan yang lebih rendah dari jangkaan pasaran.

Oleh itu, harga telah menunjukkan penurunan dari paras Magic Pivot 0.7227 hari ini turun ke paras support 0.7209 (MagicS1). Kemudian, harga terus menyambung lagi penurunan sehingga melepasi paras support 0.7193 (MagicS2) dan menguji paras terendah semasa harga pada chart AUD/USD yang diuji pada dagangan minggu lalu. Sedikit lagi penurunan bakal mencecah ke paras support 0.7175 (MagicS3) dan mencatatkan paras terendah yang baru.

Namun jika harga kembali membuat lonjakan semula sehingga naik lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah paras resistance 0.7244 (MagicR1). Jika harga meneruskan kenaikan melepasi paras tersebut pula, jangkaan kenaikan harga seterusnya akan menuju ke paras resistance 0.7262 (MagicR2) sebelum sedikit lagi kenaikan akan menguji pula paras tumpuan harga di sekitar paras 0.7278 (MagicR3).

Sentiasa beri tumpuan dan peka terhadap perkembangan ekonomi di China dan juga hubungan dagangnya bersama Amerika Syarikat yang sering menimbulkan keresahan pasaran di mana faktor-faktor ini menjadi penggerak utama harga pada chart pasangan matawang AUD/USD khususnya. Dan untuk teknikal analisis, sentiasa pantau paras-paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line dan lihat keberkesanannya pada chart AUD/USD anda.

 

Paras support: 0.7209, 0.7193, 0.7175.

Paras resistance: 0.7244, 0.7262, 0.7278.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat