Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 16/11/2018

148

Dalam kekecohan pasaran terhadap perkembangan rundingan Brexit semalam, Aussie dalam diam dilihat didagangkan mengukuh berbanding matawang utama yang lain. Ini berikutan faktor perkembangan positif dalam pasaran buruh di Australia. Data pekerjaan yang dikeluarkan awal pagi semalam menunjukkan angka yang tinggi melebihi jangkaan pasaran. Dengan itu, dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD membuat lonjakan pada awal sesi pasaran Asia sejurus sahaja data pekerjaan dikeluarkan.  Selain itu juga, perkembangan terhadap perang dagang antara AS-China dilihat sedikit reda dengan laporan bahawa China masih ingin terus berunding dengan Amerika Syarikat dan hal ini turut mencuri tumpuan para pelabur. Secara teknikal, harga pada chart AUD/USD semalam bergerak di antara julat paras resistance MagicR1 dan resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line sejak lonjakan pada sesi pasaran Asia sehingga pasaran New York menutup dagangannya.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak agak perlahan pada permulaan sesi dan sedikit membuat penurunan ke paras Magic Pivot 0.7268. Jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga dilihat akan menuju ke paras resistance yang terdekat iaitu pada 0.7307 (MagicR1) sebelum kenaikan harga seterusnya akan menguji paras 0.7338 (MagicR2) yang berada pada zon major resistance semasa pada chart AUD/USD. Sekiranya harga berjaya melepasi zon tersebut, jangkaan kenaikan harga akan mencapai paras resistance yang berada pada paras 0.7377 (MagicR3).

Namun,jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, penurunan awal harga yang berlaku dilihat akan menuju ke paras support 0.7237 (MagicS1) terlebih dahulu. Kemudiannya, harga akan menyambung penurunan dan menguji paras support yang berada lebih rendah iaitu sekitar 0.7197 (MagicS2). Sekiranya USD berjaya didagangkan mengukuh berbanding Aussie, penurunan harga boleh mencecah ke paras 0.7166 (MagicS3) untuk harga menguji paras terendah semasa harga pada chart AUD/USD yang dicapai pada dagangan awal minggu ini.

Terus ikuti perkembangan perang dagang dan juga ekonomi di Australia jika anda ingian terus memantau pergerakan harga pada chart AUD/USD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan utama pada chart anda bagi mendapatkan analisis teknikal harian yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 0.7237, 0.7197, 0.7166.

Paras resistance: 0.7307, 0.7338, 0.7377.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat