Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 29/11/2018

153

Pergerakan harga pada chart AUD/USD pada dagangan semalam turut menunjukkan lonjakan drastik harga berikutan penyusutan pada nilai matawang dollar USD terkesan daripada ucapan dovish daripada Pengerusi FED, Jerome Powell. Kenaikan harga tersebut turut disokong oleh matawang Aussie yang didagangkan positif ekoran ketegangan perang dagang yang dilihat sedikit reda di mana Presiden Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping dijadualkan akan mengadakan perbincangan berkenaan hubungan dagangan mereka pada persidangan G20 di Buenos Aires nanti. Pelabur melihat sentimen pasaran semasa semakin pulih dan sekaligus akan memberi kelebihan kepada matawang dollar AUD di atas permintaan yang meningkat dengan aliran pelaburan ke arah aset berpulangan tinggi. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, kenaikan harga pada chart AUD/USD dari paras lebih rendah dari Magic Pivot kemudiannya melonjak sehingga 100 pips hampir menyentuh paras resistance MagicR3 sebelum sedikit pantul semula sebelum dagangan pasaran New York berakhir.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang bergerak turun pada permulaan sesi kemudiannya kembali menunjukkan kenaikan semula menuju ke paras ketinggian lonjakan harga semalam. Dilihat daripada momentum lonjakan harga semalam, harga yang menyambung kenaikan pada dagangan hari ini dilihat akan menuju ke paras resistance 0.7348 (MagicR1) sebelum harga meneruskan lagi kenaikan ke paras 0.7391 (MagicR2) untuk harga mencatat paras ketinggian yang baru. Sekiranya dollar AUD terus mengukuh melonjakkan harga lebih tinggi, harga berpotensi untuk mencapai kenaikan sehinggga ke paras 0.7455 (MagicR3).

Namun, jika kelemahan dollar USD hanya bersifat sementara dan sentimen semasa pasaran kembali memihak kepada pengukuhan USD semula, harga bakal menunjukkan penurunan sehingga lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7285 hari ini. Penurunan harga seterusnya dijangka akan menuju pula ke paras 0.7178 (MagicS2) untuk harga menguji paras support terdahulu pada chart AUD/USD. Harga yang masih mengekalkan momentum penurunannya berkemungkinan akan menuju ke paras tumpuan harga yang berada lebih rendah di sekitar paras 0.7134 (MagicS3).

Terus pantau perkembangan isu perang dagang antara AS-China yang masih menjadi tumpuan pasaran dan turut mempengaruhi pergerakan harga pada chart AUD/USD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan pada chart AUD/USD anda untuk mendapatkan analisis teknikal yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 0.7241, 0.7178, 0.7134.

Paras resistance: 0.7348, 0.7391, 0.7455.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat