Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 3/10/2018

376

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam dilihat telah menyambung penurunan pada awal sesi pasaran Eropah sehingga melepasi paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Harga dilihat telah menembusi paras 1.15300 semalam namun harga kembali pantul semula berkemungkinan sesi pengambilan untung berlaku pada sesi pasaran New York sebelum menutup harga di sekitar paras support MagicS1.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga pada awalnya didagangkan perlahan di sekitar paras Magic Pivot 1.1542 hari ini sebelum harga membuat lonjakan ke paras resistance 1.1580 (MagicR1) selepas laporan berkenaan isu krisis di Itali yang kembali positif menguatkan semula nilai matawang EURO. Jika harga terus menyambung kenaikan, harga dijangka akan menuju ke paras resistance 1.1617 (MagicR2) terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan dan menguji paras resistance 1.1655 (MagicR3) yang berada pada paras tumpuan harga sebelum ini.

Namun, krisis kewangan yang melanda Itali masih dilihat berisiko dalam pasaran dan jika EURO kembali melemah, berkemungkinan harga akan menyambung penurunan yang dibuat semalam dan menuju ke paras support 1.1506 (MagicS1) yang berada pada paras terendah dicapai harga pada dagangan semalam. Jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout), harga akan mencari paras Lower Low yang baru berkemungkinan di paras support 1.1468 (MagicS2) atau ke paras yang lebih rendah lagi dilihat di paras support 1.1432 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan krisis kewangan di Itali yang mempengaruhi nilai matawang EURO dalam masa terdekat dan untuk melengkapkan analisis teknikal anda, gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan.

 

Paras support: 1.1506, 1.1468, 1.1432.

Paras resistance: 1.1580, 1.1617, 1.1655.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat