Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 9/10/2018

482

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan Isnin melihatkan harga membuat penurunan dari paras resistance 1.15300 sehingga ke paras support 1.14600. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot semalam dan juga support MagicS1 dan menuju ke paras support MagicS2 sebelum kembali semula menutup harga di sekitar paras support MagicS1. EURO yang dilihat lemah dalam pasaran ekoran krisis di Itali dan juga ketidaktentuan Brexit membuatkan harga terus ditekan ke paras yang rendah.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih didagangkan perlahan dan bergerak di sekitar paras Magic Pivot 1.1492 hari ini dan harga mula dilihat membuat sedikit penurunan pada sesi pasaran Eropah. Sekiranya harga menyambung penurunan yang dibuat dan berjaya breakout paras support 1.14600 yang tidak berjaya ditembusi semalam, harga berkemungkinan akan turun ke paras lebih rendah. Paras support 1.1456 (MagicS1) dilihat berada berhampiran paras tersebut yang juga dilihat bakal diuji harga. Seterusnya, penurunan yang diteruskan bakal melihatkan harga menuju ke paras support 1.1422 (MagicS2) dan seterusnya ke paras support yang lebih rendah yang dilihat berada pada paras 1.1386 (MagicS3).

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan semula, paras resistance 1.1526 (MagicR1) dilihat sebagai paras awal yang akan diuji harga. Dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan membuat kenaikan menuju ke paras resistance seterusnya iaitu di 1.1562 (MagicR2). Jika harga masih meneruskan kenaikan yang dibuat, jangkaan harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian baru di resistance 1.1596 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan isu semasa terutama krisis yang berlaku di Itali yang masih menjadi tumpuan pasaran semasa. Lihat pada paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan untuk analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.1456, 1.1422, 1.1386.

Paras resistance: 1.1526, 1.1562, 1.1596.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat