Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 1/11/2018

588

Matawang GBP yang menerima khabar gembira berkenaan perkembangan rundingan Brexit dilihat cuba untuk membuat kenaikan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada sesi dagangan semalam. Risiko dalam pasaran semasa yang dilihat sedikit reda membantu Sterling untuk mengukuh berbanding matawang Yen. Dilihat berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sejak dari sesi pasaran Asia sehingga berjaya melonjak ke paras resistance MagicR2 semalam sebelum kembali menutup harga di sekitar paras lebih rendah dari paras resistance MagicR2.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga yang pada mulanya memulakan dagangan lebih rendah dari paras Magic Pivot 144.310 telah pun membuat lonjakan melepasi paras tersebut dan berjaya mencapai paras resistance 145.011 (MagicR1). Harga kemudiannya dilihat masih menyambung kenaikan yang dibuat dan cuba menuju ke paras resistance 145.828 (MagicR2) di mana harga semasa berada pada paras 145.350 setakat jam 3.54 petang. Jika momentum harga terus dikekalkan, jangkaan harga bakal melepasi paras resistance MagicR2 dan menuju ke paras resistance 146.529 (MagicR3) yang dilihat sebagai zon tumpuan harga sebelum ini.

Namun, jika berlaku sebarang perubahan pada sentimen pasaran semasa yang kembali menyokong pengukuhan Yen, berkemungkinan harga akan membuat penurunan semula menuju ke paras support terdekat iaitu pada 143.493 (MagicS1). Paras tumpuan harga seterusnya dilihat berada pada support 142.792 (MagicS2) yang akan menjadi destinasi harga untuk harga menguji paras terendah yang dicapai harga pada Jumaat yang lalu. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, pasaran akan menyaksikan paras lower low terbaru bakal dicapai harga berkemungkinan ke paras support yang lebih rendah sekitar paras 141.975 (MagicS3).

Ikuti perkembangan semasa rundingan Brexit yang kembali memberi gambaran positif setelah beberapa minggu memberi tekanan terhadap Sterling sebelum ini serta beri tumpuan juga terhadap sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi nilai matawang Yen. Rujuk paras harga yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 143.493, 142.792, 141.975.

Paras resistance: 145.011, 145.828, 146.529.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat