Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 17/9/2018

793

Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY pada Jumaat lalu di lihat cuba menguji paras major resistance 147.00 namun tidak berjaya melepasinya (breakout) sebelum harga kemudiannya dilihat turun ke paras Magic Pivot. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan di sekitar paras Magic Pivot 146.545 di mana harga semasa bergerak sedikit tinggi dari paras tersebut di sekitar paras harga 146.750 setakat jam 6.50 petang.

Sepertinya harga ingin menuju ke paras resistance 146.043 (MagicR1) dan menguji kembali paras major resistance 147.00 yang tidak berjaya ditembusi pada Jumaat lalu. Jika harga berjaya breakout paras tersebut dan membuat Higher High yang baru, paras yang dijangka akan dicapai harga adalah pada resistance 147.305 (MagicR2) dan seterusnya lebih tinggi ke paras 147.603 (MagicR3).

Jika harga gagal melepasi resistance pada 147.00, jangkaan harga akan kembali membuat penurunan ke paras lebih rendah dari Magic Pivot iaitu pada paras support 146.083 (MagicS1) sebelum harga turun menuju ke paras support 145.785 (MagicS2). Di situ juga merupakan zon yang dikenalpasti sebagai RBS (resistance become support) di 145.600 yang sebelum ini dilihat menjadi tumpuan harga. Jika paras tersebut juga berjaya ditembusi (breakout), jangkaan harga berkemungkinan turun ke paras support 145.323 (MagicS3).

Bagi memantau pergerakan harga bagi chart GBP/JPY, ikuti perkembangan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa yang masing-masing mempengaruhi nilai matawang GBP dan JPY. Beri tumpuan juga pada paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu analisis teknikal anda.

 

Paras support: 145.083, 145.785, 145.323.

Paras resistance: 146.843, 147.305, 147.603.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat